Ulasan filem AMERICAN MADE lakonan Tom Cruise

Sudah lama tak tengok wayang (terutama) filem-filem Tom Cruse yang bagi saya banyak statik dan lebih pop serta brand nama dia. Tetapi andaian saya silap 100% , Filem ini sangat baik dari segi acting, tempo dan storyline.

Ia berdasarkan kisah benar Barry Seal, seorang juruterbang yang terjerumus dalam plot penghantaran dadah yang didalangi raja dadah Colombia, Pablo Escobar dan rakan kongsi, malah kerja kotornya juga berkait dengan pentabiran US atas dasar kerja sulit kerajaan. Sesuatu yang seronok kita lihat apabila Barry berurusan dengan kartel dadah, pegawai kerajaan, CIA, FBI, DEA dan kastam dalam menyeludup barang larangan.

Inilah yang menariknya tentang filem berdasarkan kisah benar yang mana selepas menonton pasti akan ada persoalan yang ditinggalkan. Dan bila filem itu adalah kisah yang benar, maka kita akan dapat menggali tentangnya lebih dalam. Contohnya filem ini, American Made. Ahhh.. saya suka Tom Cruise, filem pun best yang membawa isu yang besar.

Complete 9.99/10

Arahan: Doug Liman
Tarikh Tayang: 31 Ogos 2017

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Ulasan Filem Spider-Man: Brand New Day - Hikayat Layar Gelap dan Gempak

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!