Ulasan filem HAUNTED HOTEL: filem yang dirakam di lokasi kematian sebenar di Genting Highland telah mengutip 10 juta kutipan tiket wayang di China!
Ok, baru ajer layan filem Haunted Hotel di panggung GSC ECM Kuantan tadi.
Overall, filem ni tahap keseraman dia biasa-biasa je. Yang jadi gagah cerita ni jalan cerita dia walaupun macam dah boleh agak kesudahan dia. Jump scare dia kadang-kadang macam dah boleh jangka,... tapi ada jugak jump scare yang tak terduga. Saya tak pasti sound effect cerita ni yang power atau sound system GSC yang power... tapi memang boleh buat terkejut jugak la.
Revealing of the story dia bagi saya agak bagus. Ni bila dah dekat-dekat hujung cerita la boleh nampak. Tak nak la cerita lebih-lebih karang spoiler pulak. Content cerita ni agak original tapi ada gak part yang diambil dari cerita hantu yang kita biasa dengar kat Malaysia ni. CGI dia tak ada la teruk sangat. Walaupun tak sampai standard Holywood, still dapat sembunyikan kelemahan dia.
So overall saya bagi 8.5/10. Wife saya bagi 8/10. Sepupu wife saya bagi 10/10. Untuk standard cerita seram saya rasanya boleh la saya nak recomended untuk korang tengok kat wayang kot? Cerita ni korang tak boleh miss semua part dia... nanti korang lost. Ok. Selamat menonton.
Tarikh tayang: 19 Oktober 2017
Pengedar: Mega Films Distribution
Ulasan oleh Salleh Shariff (group Facebook Movie Addict)
Comments
Post a Comment