Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.

Pelakon Jasmin Hamid menarik nafas lega sekaligus meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menjalani pengambaran drama bersiri popular, Cukup Derita itu.

Jasmin Hamid yang memegang watak Mak Ngah Gayah telah memuat naik hantaran gambar di Instagram yang memaparkan dia bersama para pelakon drama tersebut.

Cukup Derita Itu ialah sebuah siri drama televisyen arahan Along Kamaludin yang dibintangi oleh Jasmin, Hisyam Hamid, Ruhainies Farehah dan Chacha Maembong. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021 menggantikan Penjara Janji.

Drama ini terpaksa ditangguhkan setelah 20 episod, akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia yang menyebabkan sesi penggambaran drama ini terhenti. Namun begitu, baki 20 episod yang belum ditayangkan akan disiarkan sebagai musim kedua bagi drama ini.

Pelbagai konflik dalam plot seterusnya yang akan disajikan kepada para penonton setia drama ini tidak lama lagi.

“Selepas beberapa bulan kami dicutikan sebab Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya dengan izin Allah kami disatukan kembali dalam frame untuk menghabiskan kerja yang tertangguh."

“Kamu semua janji okey, jangan pecahkan televisyen dan istighfar banyak-banyak bila kami kembali di layar skrin anda tidak lama lagi. Pelbagai onar akan timbul lagi selepas ini."

“Ada yang rindu kami tak? Doakan kami dapat menghabiskan drama ini dengan lancar ya. Jumpa anda semua tidak lama lagi,” tulis Jasmin di Instagram.

Sama-samalah kita mendoakan sambungan drama ini berjalan dengan lancar.






Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Pelakon Julia Perez mennggal dunia tapi aku tak kenal pun dia siot! Siapa dia ni?

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu