Filem MARIA MARIANA, Erra Fazira dan Ziana Zain jadi adik-beradik berlainan perwatakan

Selepas filem Sembilu 2 terbitan Yusof Haslam mencatat sejarah industri perfileman tanah air sebagai filem box-office Melayu pertama mencapai kutipan sebanyak RM6.1 juta, Yusof Haslam meneruskan pendekatannya yang dengan mengambil penyanyi-penyanyi terkenal dalam filem yang ternyata telah berjaya menarik jumlah penonton yang ramai. Filem Maria Mariana yang menggandingkan Erra Fazira dan Ziana Zain sebagai adik-beradik telah meraih RM4.7 juta kutipan tiket dan filem sambungannya, Maria Mariana 2 turut berjaya mendapat pulangan sebanyak RM4.8 juta menjadikan Skop Productions sebagai studio filem laku keras tempatan. 

Berbalik kepada Maria Mariana,  filem ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jefri mengubah kehidupan Mariana menjadi lebih baik. Namun, Mariana kembali menjadi liar setelah mengetahui Jefri sebenarnya menyukai Maria berbanding dirinya. Tatkala hubungan mereka dua beradik bergolak, ketua penjenayah iaitu Tony dan Robert yang berdendam dengan Maria selepas kegiatan haram mereka ditumpaskan, kemudian bertindak menculik Mariana sebagai tebusan. Maria segera menyelamatkan adiknya namun dia terpaksa bertarung nyawa apabila dia ditembak ketika cuba menyelamatkan Mariana.


Selain Erra dan Ziana, filem ini turut dilakonkan oleh Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi dan A Galak.


Fakta menarik, ramai yang tidak perasan Syamsul Yusof tampil memegang bunga manggar dalam filem ini (ketika berusia 14 tahun). Sepuluh tahun kemudian, dia muncul mengarahkan filem pertamanya, 'Evolusi KL Drift' yang 'pecah panggung'.

Filem terbitan tahun 1996 ini juga popular dengan lagu Maria Mariana yang dibawakan oleh kumpulan Slam. 



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

"Bismillah, Assalamualaikum." Daiyan Trisha sudah mula berhijab?

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama