Vokalis Linkin Park mati bunuh diri, Chester Bennington tamatkan hidupnya dengan menggantung diri

Vokalis band nu metal Linkin Park, Chester Bennington mati selepas membunuh diri dalam usia 41 tahun, menurut laporan TMZ. TMZ melaporkan Bennington menggantung dirinya di kediaman Palos Verdes Estates yang terletak di L.A. County.

Bennington sebelum ini bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol. Dia pernah berkahwin dengan hasil perkahwinan dikurniakan enam orang anak.

Bersama Linkin Park, mereka terkenal dengan lagu hit One Step Closer, Numb, In The End, Crawling, Somewhere I Belong, Breaking The Habit dan What I've Done. Chester pernah menggantikan tempat Scott Weiland sebagai vokalis Stone Temple Pilot.

Album terakhir Linkin Park bersama Bennington, One More Light, melahirkan single Heavy yang agak lari dari konsep muzik Linkin Park sebelum ini mendapat kritikan peminat walaupun muzik Linkin Park diakui sering berubah.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Ulasan Episod Akhir Drama Bersiri Keluarga Itu

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Ulasan filem Fantastic Beasts and Where to Find Them oleh Janna Nick

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...