Penyanyi Dikir Barat Ditahan Bersama 5 Rakan, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Golok, Thailand – Seorang penyanyi wanita dikir barat berusia 20-an dari Kelantan dan lima lagi rakan ditahan di sebuah hotel di Golok, Sungai Golok, Thailand, Jumaat lalu. Penahanan ini bertujuan membantu siasatan berkaitan rampasan sebanyak 6,000 biji pil disyaki dadah jenis pil kuda.


Penyanyi tersebut bersama lima rakan dilaporkan dijadual membuat persembahan di Kedah beberapa hari sebelum penangkapan berlaku. Semua yang ditahan merupakan rakyat Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun dan akan ditahan reman selama tiga bulan atau 84 hari. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Narathiwat esok bagi prosiding reman.

Pihak polis Thailand menegaskan bahawa penangkapan ini bukan hasil daripada sebarang perancangan oleh mana-mana pihak tetapi merupakan hasil siasatan dan maklumat risikan yang telah dikumpul dalam tempoh tertentu. Polis juga menafikan dakwaan bahawa terdapat dua individu lain yang melarikan diri sebelum serbuan, seperti yang dilaporkan oleh ahli keluarga salah seorang suspek.

Sumber: Astro Radio News, Kosmo

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH ACADEMY KE-94 #OSCARS

Keluarga Itu Episod Akhir (30) Robohnya Mahligai, Terbongkarnya Segala