Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

Mendapat perkhabaran duka di mana Kartunis Aie telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Kita sedekah kan pahala bacaan al-fatihah kepada arwah.


Aie atau nama sebenarnya,  Shaari bin Sulong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 24 Februari 1973. Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 di Kuantan, Pahang.

Kerjaya awal Allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.

Karya yang terhasil disepanjang tempoh matang tesebut antaranya: Intan Syahidah, Koma, Abe, Toyon, Pak Andak, Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku, Love Ville, Whorld, Die-Cut, Bleed-Off, Porto Malai, Boboirian, Fast-Cut, Bear Dan Bob, Sulaiman Dan Balqis serta rantaian komik Aku Dan Sesuatu.


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Feby Putri kembali ke Zepp Kuala Lumpur dengan konsert Vol.3: Hitam Putih

Econsave Setapak Central Mall Bakal Tutup: Bakal Diganti Jaya Grocer?

Bekas Pemain Bola Sepak, Gopi Rizqi Kini Berniaga Air Balang Sempena Ramadan

Ulasan filem HOPE: ANTARA BAJET GERGASI DAN KETERBATASAN NARATIF

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

Aku, YouTuber Kecil & Kekasihku, Taylor Swift