"TAK MASUK AKAL!": Drama Hati Yang Tersakiti dikrtitik tak logik, langgar segala halal haram
Semalam Nad Zainal membidas tuduhan yang mengatakan Hati Yang Disakiti meniru drama bersiri Korea, The World of the Married. Hari ini, drama lakonan Nad Zainal pula dikritik oleh netizen sebagai bukan saja tak logik malah tidak mengikut landasan Islam.
"Jalan cerita yang tak masuk akal sebagai manusia normal dan muslim. You suami isteri, sebaik mana kawan lelaki/perempuan + janda lagi. Logik ke ajak tinggal sekali? Bisikan syaitan pasti di sisi. So, mungkin ada, tapi sebagai manusia, umat Islam berpegang teguh halal, haram, boleh ke tak boleh. Fikir dulu sebelum buat sesuatu. Terbaik." - Netizen
Bagaimanapun, bagi peminat bersiri Hati Yang Tersakiti, mereka menganggap jalan cerita yang 'tak masuk akal' ini sebagai pengajaran saja.
Sinopsis: Ramona (Nad Zainal) adalah wanita 'lurus' yang hidup bahagia bersama suami, Haris lakonan Remy Ishak.
Namun, Ramona kecewa tidak mampu memberi zuriat kepada Haris. Dia ada teman baik iaitu Farah lakonan Mimi Lana.
Hendak dijadikan cerita, Farah sedang menunggu proses perceraian dengan suami dan Romana benarkan dia tinggal bersama. Tanpa diduga, berlakulah perkara yang tidak diduga...
Drama 'Hati Yang Tersakiti' mula disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.
Comments
Post a Comment