Drive-in cinema: Pawagam Alternatif Era Kuarantin COVID-19.

"Drive-in cinema" menjadi alternatif kepada pawagam waktu penularan wabak COVID-19. Tonton wayang dalam kereta, beramai-ramai sambil menjaga jarak sosial.

Dubai dah buka baru2 ni. Indonesia akan buka satu bulan depan.

Malaysia pula bila? Mungkin ini akan dapat membantu penggiat perfileman tempatan mendekati penonton baik di bandar mahupun luar bandar. Lebih2 lagi luar bandar krn mungkin ada sekatan perjalanan.



Cuma mungkin ada cabaran logistik.

Tempat mana yang sesuai?
Kawasan yang luas lapang macam padang, dataran atau tempat letak kereta terbuka, cthnya dekat stadium.
Wayang kena ada tempat gelap.

Waktu malam je boleh tayang?
Sesuai utk waktu senja/malam kalau guna layar dengan projektor. Tapi kalau tetap nak tayang waktu siang, pasang skrin LED supaya gambar terang. Ataupun buat indoor drive-in dalam kawasan tertutup yang besar spt stadium, khemah marquee dsb. Filem akan direhatkan separuh jalan secara 'intermission' di kawasan2 yang kehendaki hormat waktu solat.

Kalau cuaca panas/buruk?
Boleh pertimbangkan pasang khemah marquee yang besar utk perlindungan. Tapi elok lagi buat waktu malam saja bila udara nyaman. Jangan pakai tebal2, sekiranya sejuk bawa selimut. Pasang aksesori kipas kereta sebagai ganti aircond (sbb terpaksa tutup enjin.)

Bunyinya?
Audio akan dipancarkan melalui saluran FM atau Bluetooth. Kalau boleh bawa alat radio berasingan kalau nak jimat kuasa bateri kereta.

Makanan?
Disarankan bawa bekalan makanan sendiri.

Tandas?
Kena ikut giliran. Tandas perlu disanitasi setiap kali selepas digunakan.
Kalau orang rakam dgn handphone/buat perkara tak senonoh?
Petugas akan buat rondaan.

Sekian, terima kasih.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Ulasan filem LILO & STITCH (2025) jika diulas oleh Janna Nick

Aku, Jejaka Melayu Biasa, Bercinta Dengan Seorang Perempuan Nama Billie… (Yang Rupa-Rupanya Billie Eilish)

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah