Munafik versi Hollywood tapi A24 lah ye... : Ulasan filem FIRST REFORMED
MUNAFIK 3 : FIRST REFORMED
Maaf tumpang tajuk filem yang tengah meletup sekarang, tapi ciri munafik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita filem ini.
Ethan Hawke membawakan watak Ernst Toller, seorang paderi yang mengalami krisis keyakinan dengan institusi gereja setelah mengetahui gereja yang diwakili dapat 'sponsor' dari konglomerat yang mencemarkan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Toller mula rapat dengan Mary (Amanda Seyfried) yang ada kaitan dengan plot di atas. Cakap lebih-lebih, spoiler pula.
Disebabkan filem ini ditulis dan diarahkan oleh Paul Schrader, pengkritik filem yang juga penulis filem hebat seperti TAXI DRIVER, boleh dikatakan setiap babak, perkataan, shot dan malah nama watak dalam filem ini ada kepentingan tersendiri.
Ada pengkritik barat kata watak Ernst Toller mengalami 'loss of faith", tapi saya tak setuju. Bagi saya ia lebih kepada krisis keyakinan dengan INSTITUSI agama. Tak yakin dengan orang agama bukan bermakna tak yakin dengan agama.
Dan penamat filem ini mengingatkan saya pada ending siri THE SOPRANOS.
Antara filem terbaik tahun ini.
Ulasan oleh Mohd Zafri Osman (group Movie Addict)
Comments
Post a Comment