Boikot si Yahudi Nas Daily! Asyik burukkan nama Malaysia!

Siapa Nas Daily?

Nama sebenarnya Nuseir Yassin, berbangsa Arab Palestin yang dibesarkan di Arraba, Utara Israel. Selepas menjalani ujian DNA, dia mendapati bahawa dia mempunyai 1% genetik keturunan Yahudi Eropah.

Walaupun dibesarkan sebagai seorang Muslim, Nas menyatakan pendiriannya untuk tidak mempercayai tuhan kerana merasakan agama banyak melakukan kezaliman dan penindasan, tetapi pada masa yang sama, seringkali dilihat melaungkan ayat "I'm a Muslim" dalam video-video terbitannya.

https://www.facebook.com/nasdaily/videos/lets-talk-religion/774715246013963/

Lelaki berusia 26 tahun ni merupakan graduan Ekonomi di Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai pembangun perisian di sebuah anak syarikat Paypal dengan gaji sebanyak US$10,000 sebulan.

Selepas berjaya mengumpul wang tunai sebanyak USD$60,000, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengembara ke seluruh dunia sepenuh masa. Dari situ, lahirlah "Nas Daily" di Facebook. Dia berikrar untuk menghasilkan sebanyak 1,000 video dalam tempoh satu tahun.

Nairobi, Kenya merupakan destinasi pertamanya. Semua perbelanjaan pengembaraannya di sana telah ditaja oleh sebuah syarikat media Rusia yang mahukan supaya Nas menerbitkan video untuk laman Facebook mereka dengan bayaran sebanyak USD$3,000 sebulan.

Sejak membuka Nas Daily di Facebook, nilai bersih keuntungan yang diperolehinya adalah sebanyak USD$250,000 yang dikatakan jauh lebih rendah berbanding vlogger-vlogger lain. Baru-baru ini, dia mengadakan pertemuan dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kemudiannya telah menaiktaraf Nas Daily kepada status "show" yang seterusnya telah meningkatkan jumlah pengikutnya kepada 7.5 juta.

Apabila ditanya mengapa dia membuka salurannya di Facebook, Nas menyatakan bahawa ramai rakan-rakannya tidak menggunakan Youtube dan memilih untuk menggunakan Facebook kerana interaksi lebih mudah dan peribadi. Kini dia sering mengembara bersama beberapa rakan-rakan termasuk teman wanitanya Alyne Tamir, yang juga merupakan seorang vlogger berbangsa israel.

Baru-baru ini Nas menimbulkan kontroversi apabila menerbitkan video mengenai bagaimana dia sebagai pemegang pasport israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf israel sebagai sebuah negara di atas kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

https://www.facebook.com/nasdaily/videos/the-forbidden-land/264259064411977/

Tidak lama selepas itu, dia menerbitkan satu lagi video mengenai seorang rakyat Syria yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama lebih 6 bulan kerana tidak boleh memperbaharui pasportnya yang tamat tempoh akibat keingkarannya untuk menyertai pasukan ketenteraan seterusnya melarikan diri ke negara Emeriah Arab Bersatu (UAE). Video ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati ramai rakyat Malaysia kerana Nas dirasakan berat sebelah dengan tidak melaporkan dengan telus perkara sebenar yang berlaku serta dilihat sengaja memburuk-burukkan imej Malaysia.

https://www.facebook.com/nasdaily/videos/345592762678999/

Nas pernah menyatakan bahawa dia rasa bertuah kerana berpeluang melakukan perkara yang disukainya dan menerima bayaran melaluinya.

(Sekian, ringkasan 30 minit yang ditaip oleh saya wartawan papan kekunci tak bertauliah.) 😎😙😝

Disalin tampal dari Facebook Azielahaneem Idris

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Kim Seri Mohon Maaf Secara Langsung di TikTok, Akui Kesilapan dan Rayu Peluang Kedua

Lelaki Pikat Doktor, Tapi Terlopong Kena Hantaran RM30,000!

Liku-liku Hidup Fazura dan Kisah Perceraiannya Ibarat Lagu Band Korn

Anas Zuhrin: Individu Mulia Bantu Rozita Che Wan Selesaikan Hutang