Kronologi Hairul Azreen Hampir Diculik Lanun di lokasi filem PASKAL THE MOVIE dan Reaksi Mual Netizen

Sembangnya: PELAKON Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah.

"Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada duit bayar hotel di Kota Kinabalu.

"Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi anggota keselamatan," katanya.

Yang sebenarnya: Pihak produksi PASKAL cuma diberitahu lokasi penggambaran ialah kawasan panas. Tiada ancaman lanun sepanjang penggambaran. Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Hairul itu sebagai tidak berasas. Sepanjang penggambaran filem dijalankan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon dan kru produksi telah disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Kesan dan akibatnya: Netizen berbakul-bakul menyumpah seranah Hairul Azreen dan menganggap kenyataan Hairul sebagai gimik murahan untuk mempromosi filem. Netizen mengugut untuk memboikot filem PASKAL sebagaimana perkongsian di bawah:

1) Eloklah. Kurang sikit kayu dalam industri.

2) Ade sesape pernah tengok movie yang ada Hairul Azreen tak? Lakonan dia ok x? Sebab tengok gaya cam poyo je lebih mamat Hairul ni 🙄
• 2.1) Sekali je dulu. Filem Hantu Kapchai. Memang kayu balak gaya dia berlakon.. Tapi dengarnya banyak movie dia jadi hero lepas tu. Semua ke laut. Takde satu pun yang pecah punggung. Last dengar jadi hero filem Bomba. Sama gak terjun lombong filem tu. Apa nasib siallah semua producer yang ambik dia.
• 2.2) Ate dah muka dia pun sama cute macam kucing dia, orang nak buat hero amik la muka macho sikit mcm Zul Ipin, pakai topeng kayu dlm Tombiruo pun still mantap lakonan, dah la boleh renew roadtax.
• 2.3) Emmm takat muka macho tapi kena ongbak nye dengan hantu kak limah tak jadi jugak. Tombiruo tak tombiruo. HKL gak power.
• 2.4) Mmg burn betul ayat abang burn tu ye.

3) Ko siapa siot sampai lanun nak curi ko? Bukan menteri, bukan kerabat, bukan berjawatan penting dalam negara sampai lanun nak culik. Hahaha... sebab benda bodoh gini la orang pandang negetif pada filem tu. Sama la macam Haqiem Rusli... depress depress... tau2 keluar lagu baru... aiyyaaa.

4) Lanun mana nak culik ni? Kalau ada no akaun lanun tu nak bank in duit sikit tanda terima kasih.

5) Nape orang kita tak suka Hairul deh. Dia ni kan bekas atlit taekwondo Sukma. Ke sebab filem dia yang tak best. Kena ada produser yang bikin filem martial art Malaysia lah gini. Mana tau Hairul boleh jadi Iko Uwais Malaysia dan menjejak ke persada antarabangsa.
• 5.1) Bagi saya, tak kisah la kau gold medalist sekalipun tapi dalam industri hiburan camni, kalau kau memang kayu takder improve apa2, ramai je yg tak suka huhu. Kena betul2 ada filem yang dia pandai baru boleh naikkan bakat dia kot.

6) Esscom dah sound dah, nak buat gimik sekalipun jangan sampai buat pihak lain terasa.

7) Gimik picisan. Kurang semangat aku nak pegi tengok kat panggung camni hhermmm.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)

BEKAS PEMAIN DRAM SLIPKNOT MENINGGAL DUNIA

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak