Geram Disuruh Tukar Meja Ketika Sedang Makan di Sebuah Restoran

Seorang pengguna media sosial X,  @_HateTiramisu, telah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan yang dialami semasa makan malam di sebuah restoran yang beliau tak mahu dedahkan di ibukota. Menurutnya, beliau yang jarang sekali menunjukkan kemarahan, telah diminta oleh kakitangan restoran untuk bertukar meja dengan alasan meja tersebut diperlukan oleh sekumpulan pelanggan tetap restoran tersebut.

Beliau bertanya kepada kakitangan restoran sama ada meja itu telah ditempah, namun jawapan yang diberikan adalah negatif. Apabila beliau mempersoalkan keperluan untuk bertukar meja, kakitangan tersebut hanya menjawab bahawa kumpulan pelanggan itu adalah pelanggan tetap mereka. Pengurus restoran kemudian menghampiri dan menawarkan meja lain disertai dengan minuman percuma sebagai tanda permintaan maaf atas kesulitan yang ditimbulkan.

Walaupun tak hadap dengan minuman percuma tersebut, beliau bersetuju untuk bertukar meja. Namun, kekecewaan beliau bertambah apabila salah seorang dari kumpulan pelanggan tetap tersebut mendekati meja baru tanpa menunjukkan sebarang tanda terima kasih atau permintaan maaf, seolah-olah mereka adalah pemilik restoran tersebut.

Beliau merasa sangat tidak dihargai dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelanggan tersebut yang menunjukkan keangkuhan walaupun hanya memakai pakaian berjenama dan kereta Mercedes. Sebelum meninggalkan restoran, beliau sempat menyekolahkan pengurus restoran dan menerima permintaan maaf daripadanya.

Situasi ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen yang turut merasa geram, marah dan menyuarakan pendapat mereka terhadap insiden yang tidak sepatutnya berlaku di mana-mana premis perniagaan yang menghargai setiap pelanggan tanpa mengira status.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

IShowSpeed Tiba di Malaysia, Disambut Ribuan Peminat

Tupperware Dijangka Failkan Muflis Minggu Ini

Perginya Suara Darth Vader: Takziah atas Pemergian James Earl Jones

Gadis Masa: Drama Terbaharu Viu Original Lakonan Mira Filzah dan Tracie Sinidol

Filem Makar (2004): Retrospektif 20 Tahun Filem Seram Moden Malaysia

Tak Semua Burger Tepi Jalan Sedap, Netizen Ini Membuktikannya