Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)
Salina seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM. Razil pula seorang pemuda yang berusia dan bekerja di kampung. Walaupun jarak usia agak jauh, tapi mereka suka sama suka. Selepas SPM Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan.
Emak Salina tidak menyukai Razil kerana menyebabkan anaknya itu tidak bekerja dan risau jika Razil meninggal dunia, anaknya tidak mempunyai apa-apa duit simpanan. Disebabkan itu, Salina berkeras untuk bekerja.
Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salina dan menjadi penyokong utamanya. Dia mencarikan kerja untuk Salina. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salina terpengaruh dengan kata-kata rakan sekerjanya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya.
Salina mula rapat dengan rakan sepejabatnya bernama Kamal sehingga menimbulkan gossip di pejabat. Salina mendapatkan perkhidmatan nasihat kaunseling Hadi. Hadi merupakan pakar kaunselor Dato' Adli bos kepada Salina dan Kamal. Hadi juga telah memberitahu pada bos. Apabila bos dapat tahu hal tersebut, Kamal dipindahkan ke cawangan lain.
Salina mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama ibunya. Dia seperti tawar hati dengan Razil. Dalam pada masa yang sama, dia telah jatuh hati dengan Hadi. Walaupun emak Salina tak menyukai Razil tapi dia tetap juga menasihati Salina supaya pulang ke rumah bersama suami dan anak-anaknya.
Salina mula hanyut dengan perasaannya terhadap Hadi sampai membawa ke bilik hotel. Mereka berdua telah ditangkap khalwat oleh pejabat agama. Razil sangat sakit hati dan bersedih dengan apa yang berlaku. Walaupun rasa itu terlalu sakit, dia maafkan Salina atas apa yang berlaku.
Tapi Salina masih meminta untuk diceraikan. Dia sudah bosan dengan kehidupannya bersama Razil dan tak sanggup hidup bersama Razil lagi. Salina ingin berkahwin dengan Hadi.
Disebabkan kehendak Salina itu, Razil menceraikan Salina dengan bersyarat. Syaratnya mereka berdua kena tinggal di rumah itu supaya anak-anak tidak berjauhan dengan Salina. Kedua, Razil akan menetap di pondok kecil tepi rumah mereka supaya dia tak berjauhan dengan anak-anaknya.
Salina bahagia dengan kehidupannya yang baru. Salina juga telah mengandung. Razil hanya mampu memerhatikan kehidupan mereka dari jauh.
Satu hari Hadi pulang ke rumahnya di bandar, rupanya Hadi telah pun berkahwin dan memiliki anak. Salina merupakan isteri keduanya. Bila Salina dapat tahu, dia rasa tertipu dan meluru keluar. Hadi mengejar dan kedua-dua ditimpa kemalangan.
Hadi meninggal dunia. Salina cedera teruk dan terlantar sakit di rumah. Salina menyesali segala perbuatannya. Dia rasa betapa bodohnya dia tewas dengan godaan syaitan. Betapa setianya Razil sanggup menjaga Salina.
Emak Salina menyarankan Razil untuk berkahwin semula dengan Salina. Razil bersetuju berkahwin semula dengan Salina. Tapi belum sempat melafazkan akad, Salina telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Salina meninggal dua sebelum sempat menjadi isteri Razil untuk kali kedua.
Walaupun berpuluh tahun berlalu, cinta Razil terhadap Salina tak pernah pudar. Begitulah setianya Razil.
Penilaian : 9.5/10 (tolak markah 0.5 sebab iklan banyak mengacau.😆)
Nilai Pengajaran : Pompuan selalu betul...?ðŸ¤
Comments
Post a Comment