Soap Opera: Mencari akar drama Melayu 7 petang

Kalau penonton tempatan cukup membenci tahap menyirap dengan drama pukul 7 petang yang asyik-asyik cinta anak Datuk anak orang kaya bisnes 39 billion pekerja 250 ribu orang, mereka perlu melihat pada akar umbinya yakni soap opera dari US, THE BOLD AND THE BEAUTIFUL. Sejak episod pertamanya ditayangkan pada tahun 1987, rasanya sampai kiamat pun kisah keluarga Forrester dan empayar bisnes fesyen mereka yang penuh dengan dengki, khianat, dan skandal takkan habis. Sehingga Januari 2019 saja sebanyak 8,000 episod telah dihasilkan.

Pernah ditayangkan di RTM, siri ini menampilkan lakonan Tracy Melchior, Winsor Harmon, Lesli Kay, John McCook, Susan Flannery dan Ronn Moss sebagai ahli keluarga Forrester.

P/S: Tahu bagaimana 'soap opera' mendapat namanya? No, tiada adegan main sabun secuit pun dalam drama bersiri begini. Ianya kerana penaja drama genre ini ketika ia mula bersiaran dalam format radio di era 1930'an dahulu kebanyakannya datang dari syarikat pembuat sabun, seperti P&G, Colgate-Palmolive dan Lever Brothers. Ianya bersiaran pada waktu siang dan disasarkan pada golongan surirumah ketika suami mereka sedang berkerja. Drama TV bersiri dalam kategori soap opera yang paling lama bertahan setakat ini ialah Coronation Street dari UK yang mula bersiaran sejak Disember 1960 dan sehingga Jun 2019, sebanyak 9799 episod telah dihasilkan.

Kalau Game of Thrones tu pulak kita panggil soap opera kategori naga keramat yang cuba nak buat gila macam The Bold & The Beautiful dengan buat prekuel pulekkk...


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

DRAGON FORCE : THE RISE OF ULTRAMAN, CHINA DAN MENIRU BERPISAH TIADA

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)