LEBUHRAYA KE NERAKA, filem seram dakwah baru Mamat Khalid

"Kalau nak van jenazah pun boleh...." -- Tyson

LEBUHRAYA KE NERAKA bakal menggamatkan pawagam seluruh negara bermula 4 Mei 2017. Sebuah filem kerohanian arahan Mamat Khalid yang akan merangsang pemikiran serta mencetus keinsafan para penonton tentang kesediaan dalam menempuh kematian.

Trailer rasmi filem Lebuhraya Ke Neraka telah pun diriliskan. Filem Lebuhraya Ke Neraka adalah buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor, Mamat Khalid. Berdurasikan satu minit, trailer Lebuhraya Ke Neraka ini begitu menarik dengan pelbagai elemen seperti CGI, hantu, dan lain lain. Seperti filem Mamat Khalid yang sebelumnya, filem ini juga menjanjikan sesuatu yang menarik.



Filem Lebuhraya Ke Neraka membariskan pelakon hebat seperti Awie, Khir Rahman, Miera Leyana, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan sekumpulan peminat motor berkuasa tinggi yang bernama kumpulan Rentaz. Ketika mereka menyertai konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau berhalusinasi dalam alam koma. Apa yang berlaku sebenarnya?

Jika benar kita dijenguk Malaikat Maut sebanyak 70 kali, sudah bersediakah kita untuk dijemput olehnya?

Filem Lebuhraya Ke Neraka akan menemui penonton pada 4 Mei 2017. Sama sama kita nantikan filem ini di pawagam.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH ACADEMY KE-94 #OSCARS

Keluarga Itu Episod Akhir (30) Robohnya Mahligai, Terbongkarnya Segala