Ariana Rose, General Hospital dan Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya: Drama Melayu dan mat Saleh tak jauh sangat bezanya...
Sekadar perkongsian
*Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya*
(Maaf, akan banyak perkataan rogol digunakan di dalam perkongsian ini. Jika tidak selesa, mohon tidak membaca….)
Drama bersiri Ariana Rose pernah mencetuskan kontroversi dengan jalan ceritanya berkisarkan dengan kisah di mana mangsa rogol (Ariana Rose) jatuh cinta dengan orang yang telah merogolnya (Datuk Tengku Adam Kamil). Ada yang mengaitkan ianya dengan Stockholm Syndrome, di mana mangsa jatuh hati/simpati dengan pemangsa.
Menurut pengamatan saya, plot mangsa rogol menerima/memaafkan si perogol, malah mengahwini dan mengasihi si perogol ini bermula dari novel-novel cinta yang kemudian di adaptasi menjadi drama. Trend ini bermula dengan drama bersiri Nora Elena pada tahun 2011 (lakonan Siti Saleha) mengahwini Seth Tan (Aaron Aziz) yang tanpa disedari olehnya adalah orang yang pernah merogol beliau dahulu.
Kemudian, muncul pula Drama Bersiri Ariana Rose (juga adaptasi dari Novel) yang mula-mula membenci Tengku Adam Kamil tapi kemudian mengahwininya….itupun selepas beberapa fasa perubahan sikap Tengku Adam Kamil yang membuatkan Ariana Rose jatuh cinta. Impaknya, Drama bersiri ini mendapat kritikan yang pelbagai kerana menjual kisah yang mengagung-agungkan perogol (kerana si pemangsa seorang yang kacak, berpangkat dan berharta) yang kemudiannya insaf. Dalam dunia sebenar, sekiranya pemangsa itu tidak ada rupa, tidak berharta, namun insaf…tak mungkin kemaafan itu terjadi….
Namun tahukah anda, jalan cerita mangsa rogol jatuh cinta dengan perogolnya ini pernah di corakkan di dalam Drama Bersiri Panjang Soap Opera, General Hospital (bagi mereka yang memahami Soap Opera nie, kisahnya panjang, malah plot sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan) lebih kurang 38 tahun nan lalu. Kisah di mana Laura Webber Baldwin (Genie Francis), wanita yang telah berkahwin…telah di perkosa oleh Luke Spencer (Tony Geary). Ini kerana atas dorongan perasaan cinta yang terlalu mendalam dan bimbang kemungkinan dirinya akan terbunuh setelah mendapat tugasan untuk membunuh seorang ahli politik (+pengaruh alkohol) maka dia tidak dapat mengawal perasaan lalu merogol Laura.
Jalan cerita tersebut menjadi perdebatan hebat di US ketika itu kerana membiarkan idea mangsa rogol jatuh cinta dengan si perogol. Malah, di anggap menghina wanita yang pernah menjadi mangsa rogol. Namun begitu, impak yang diterima oleh Luke & Laura adalah para penonton begitu menggemarinya malah mereka menjadi the first Supercouple fictional character. Babak upacara perkahwinan mereka yang di tayangkan pada November 1981, mencatat rekod sebagai jumlah tontonan paling ramai di dunia untuk Daytime Series iaitu seramai 30 juta orang dan masih belum dapat dipecahkan.....
Comments
Post a Comment