ulasan filem: Aku Haus Darahmu (2017)
Setelah membuka tahun ini dengan filem seram tempatan Dorm Melati, aku tidaklah menaruh harapan yang tinggi kepada filem Aku Haus Darahmu ini. Walaupun tidak begitu teruja, aku sebenarnya dah lama menantikan filem ni sejak diwar warkan oleh media dari tahun lepas lagi, dengan headline artikel yang kebanyakannya menyatakan bahawa filem ini ingin mengangkat feel filem seram 80an. Benarkah? Rasa ingin tahu inilah yang membuatkan aku melangkah ke pawagam LFS Bukit Jambul bertujuan mencari jawapan, dengan expectation yang serendah mungkin. Agar aku tak terluka hati, atau bosan, atau lain lain.
Pertama, filem Aku Haus Darahmu cuba mengangkat tema 80an dengan penggunaan props yang agak terhad. Ada percubaan pada costume, gadget dan sebagainya tapi tidak kuat. Mujurlah watak yang terlibat dalam filem ni tak ramai. Dan lokasi pun terhad. Selamatlah. Cuma aku nak bangkitkan satu soalan. Adakah dalam usaha untuk mendapatkan feel/rasa filem seram era 80an, kita perlu mengangkat time setting tahun 80an juga? Apakah dia teknik filem seram 80an? Adakah pada teknik jump scarenya? Atau skornya yang mencemaskan? Atau plot ceritanya yang banyak berkisar pada demografi remaja?? Atau aku yang salah faham.
Disebalik kekurangan tersebut dan beberapa kelemahan lain yang biasa berlaku dalam penerbitan filem tempatan, yang menariknya, aku terhibur menonton filem ini !! Lakonan Nad Zainal dan Deana Yusoff, itu bagus dan memuaskan. Aku tidak menyangkal bakat Nad Zainal sebagai pelakon, tetapi Deana Yusoff dalam filem ini sebagai Cempaka sangat berkesan, terutama ketika babak tarian mistikal. Begini, tarian mistik dalam filem ini auranya bukan biasa ya. Lenggok tari dan alunan muziknya bisa menciptakan aura mistikal yang bersifat kelainan, weird, aneh, sekaligus wujud rasa seram tanpa perlu dibuat buat. Tahniah kepada choreographer nya kerana gerak tarinya memang menakutkan. Sentuhan dari komposer Onn San (Penerima Anugerah Skor Muzik Asal Festival Filem Malaysia ke-28 untuk filem “Ola Bola”) juga berjaya buat dunia Aku Haus Darahmu ini mistikal. Aku sedar skor filem ini banyak diinspirasikan dari filem filem seram lama. Banyak kesan bunyi seram digunakan di sana sini tapi tidak seserabut dalam filem Jwanita. Di sini, ianya lebih tersusun.
Plot filem ini mudah, sekumpulan 3 remaja yang ke satu tempat dalam usaha untuk mendokumentasikan tarian tradisional dalam bentuk buku. Aku puji filem ni kerana walaupun ceritanya tampak simple, tapi betul betul memanfaatkan tarian tradisional tersebut dari awal sampai akhir. Tarian tersebut dijadikan penguat cerita. Naratif bergerak selari dengan perubahan rentak tarian yang dimainkan. Memang mengasyikkan. Babak jeritan pun minimal. Jump scare pun tak banyak. Dan menuju penghabisan cerita, agak bloody dan itu cubaan yang bagus! Tentunya dengan koreografi tarian yang semakin mengujakan apabila filem semakin menuju ke kemuncak/climax. Deana Yusoff menari dengan bagus sekali!
6.8/10. Kalo tanya aku pasal seram, aku letak filem ni dalam definasi seram yang berbeza. Dalam wayang tak adapun orang jerit jerit takut/terkejut sangat. Ianya lebih menjurus kepada mistikal yang buat kau takut dan otak kau lost. Dan aku nak sangat, nak sangat, kalo tarian tu atau filem ni dapat diadaptasi kan dalam bentuk teater. Aku nak tengok dan alami sensasinya depan-depan.
Aku Haus Darahmu (2017)
Dir, Aidilfitri Mohamed Yunos
kredit: Eswandy Asre

Comments
Post a Comment