Ulasan Filem Alien: Romulus - Pengalaman Sinematik Menyeramkan di Angkasa Lepas

Filem Alien: Romulus yang telahpun menemui penonton sejak kelmarin membawa kita ke angkasa lepas, di mana sekumpulan remaja terlibat dalam satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan ketegangan. Kisah ini berkisar tentang Tyler, Rain, Kay, Navvaro, Bjorn, dan satu manusia AI yang dijaga oleh Rain bernama Andy, yang mengetuai misi ini. 

Mereka bergerak ke stesen angkasa yang terdampar, dikenali sebagai Romulus atau Rumus, dalam usaha mencari sesuatu yang berkaitan dengan misi asal mereka. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka jangkakan. Di stesen tersebut, mereka berhadapan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai "facehugger". Makhluk ini membawa ancaman yang sangat dahsyat, dan apa yang menanti mereka selepas itu lebih menakutkan dan mendebarkan. Filem ini sememangnya hanya sesuai untuk tontonan dewasa sahaja, dengan unsur-unsur keganasan, darah yang banyak, dan adegan yang menjijikkan.


Sebagai peminat karya pengarah Fede Álvarez, yang terkenal dengan remake Evil Dead (2013), filem ini pasti tidak mengecewakan. Menonton filem ini dalam format IMAX memberikan pengalaman yang sangat memukau, dengan konsep angkasa lepas yang dystopian dan suasana yang gelap. Ini adalah kali pertama penulis menonton siri Alien, dan penulis sangat terkesan dengan karya arahan Fede Álvarez yang berjaya membawa filem ini dengan cemerlang walaupun dengan bajet sekitar 80 juta USD. 

Sinematografi yang indah, kesan praktikal yang kukuh tanpa penggunaan CGI yang berlebihan, serta pencahayaan dan skor muzik yang mantap menjadikan filem ini satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Format IMAX benar-benar meningkatkan pengalaman menonton dengan aspek ratio yang direka khas untuk format ini, menjadikan setiap babak dalam filem ini lebih epik dan imersif.

Lakonan para pelakon juga sangat berkesan, terutamanya chemistry antara Rain dan Andy, manusia AI. Walaupun penulis hanya mengenali beberapa wajah seperti Rain dan Kay, lakonan pelakon lain tidak kurang hebatnya. Fede Álvarez sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam mengarahkan filem selepas kejayaannya dengan Evil Dead (2013) dan Don’t Breathe (2016). Filem ini juga mendapat rating yang tinggi daripada pengkritik di Rotten Tomatoes, dengan skor 82% dan mendapat pengiktirafan "Certified Fresh".

Secara keseluruhannya, Alien: Romulus adalah sebuah filem yang wajib ditonton, terutamanya dalam format IMAX. Penulis pasti akan menonton filem ini sekali lagi, kerana pengalaman yang ditawarkan adalah sesuatu yang sukar dicari dalam filem-filem lain. Filem ini benar-benar tidak mengecewakan, dan penulis dengan penuh keyakinan memberikan rating 10/10!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Liku-liku Hidup Fazura dan Kisah Perceraiannya Ibarat Lagu Band Korn

Drama Bersiri: MAIN API lakonan Luna Maya (WeTV Original) dalam Lensa Budaya dan Adab Nusantara

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Emmett Butterfingers Rindu Main Bunga Api di Hari Raya

Pantai Teluk Kemang Kini Bebas Khemah Biru: Langkah MPPD Disambut Baik

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024