Emily in Paris Musim Keempat Kembali dengan Konflik Cinta dan Rahsia Besar

Musim 4 siri popular "Emily in Paris" akan memulakan tayangan perdana pada hari ini, 15 Ogos 2024 di Netflix. Musim terbaru ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama sebanyak lima episod ditayangkan mulai 15 Ogos 2024 manakala bahagian kedua juga sebanyak lima episod akam ditayangkan mulai 12 September 2024. Ia menyambung episod akhir Musim 3 yang menyaksikan perpisahan Emily dan Alfie serta perkahwinan Camille dan Gabriel yang gagal.

Dalam Musim 4, Emily Cooper menghadapi konflik perasaan antara dua lelaki, dengan Gabriel yang bakal menjadi bapa bersama bekas kekasihnya. Selain itu, Sylvie berdepan dengan dilema lama untuk menyelamatkan perkahwinannya, sementara pasukan Agence Grateau menghadapi perubahan dalam struktur kerja. Mindy dan kumpulannya menghadapi cabaran kewangan menjelang Eurovision, dan Emily serta Gabriel harus berdepan dengan dua rahsia besar yang mengancam impian mereka.

Para pelakon yang kembali dalam musim ini termasuklah Lily Collins sebagai Emily Cooper, Philippine Leroy-Beaulieu sebagai Sylvie Grateau, Ashley Park sebagai Mindy Chen, Lucas Bravo sebagai Gabriel, Camille Razat sebagai Camille, Samuel Arnold sebagai Julien, Bruno Gouery sebagai Luc, William Abadie sebagai Antoine Lambert, dan Lucien Laviscount sebagai Alfie.


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

AJL40: Ini Ramalan Neelofa

CEKODOK! Kapsyen 'Bakal Isteri Tolong Sediakan Sarapan' Cetus Perdebatan Hangat di Threads

HERO REMAJA 2021: Program Baru Astro Ria Perkenal 12 Finalis dan Juri Tetap, Scha Alyahya dan Rosyam Nor Digandingkan Sebagai Hos

Ulasan filem SNOW WHITE (Disney+) jika diulas oleh Janna Nick

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol