From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry


From Saga With Love, rom-com tempatan arahan Umi Salwana Omar, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play.

Sinopsis: From Saga with Love mengisahkan tentang seorang pempengaruh media sosial iaitu Karma yang perlu menjadi  penerjemah untuk pelakon wanita popular iaitu Bianca Rozario yang dalam perjalanannya untuk ke Jepun. Karma perlu melakukan sehabis baik untuk mempertahankan pekerjaannya, dalam masa yang sama pempengaruh itu juga turut menjalankan tugas rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca Rozario iaitu Kathy untuk menyiasat tentang kehidupan cinta Bianca.

Bersama dengan juru video Bianca iaitu Bob, dan Sham yang tinggal di Jepun, pengembaraan mereka di Jepun bertukar menjadi lucu dengan pelbagai keletah dan konflik yang berlaku.

Cerita rom-com ni asalkan ada cinta dan lawak pada aku dah kira best, dua ni ada kira berjaya lah.

Baru dua episod jadi belum ada cintan cintun sebab masih awal tapi lawak dah berlambak. Berdekah dibuatnya.

Product placement smooth je. Kita tahu dorang tengah promote tapi tak ganggu jalan cerita pun. Takdelah tetiba masuk kedai pastu ada orang terangkan pasal produk.

Kredit: Zul Haiqal, group Movie Addict MY


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Ulasan filem LILO & STITCH (2025) jika diulas oleh Janna Nick

Aku, Jejaka Melayu Biasa, Bercinta Dengan Seorang Perempuan Nama Billie… (Yang Rupa-Rupanya Billie Eilish)

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah