PINGGAN MANGKUK SAKA: Orang dulu-dulu bela pelesit dan hantu raya

Dulu dulu orang tua tua dikampung-kampung banyak dikatakan 'membela'. Yang lelaki membela hantu raya, yang perempuan membela pelesit.

Dikatakan mereka ini membela dengan niat menjaga harta, seperti kebun kelapa atau sebagainya, hantu raya dikatakan akan merupa sebagai tuan kebun dan pencuri sentiasa nampak tuan kebun berada dikebun.

Ada juga dikatakan yang membela itu bomoh, dengan niat mencari duit, hantu itu dilepaskan ke orang tertentu, sakit meracau dan sebagainya, sebagai bomoh, mereka dipanggil untuk berubat, mereka akan mendapat hasil dari 'pengeras'. Senang le mereka menghalau hantu, kerana itu adalah hantu belaan mereka.

Banyak cerita berkaitan dengan cerita membela ini. Diceritakan juga burung 'wang wang' atau gembala kerbau yang pandai bercakap, kalau orang yang membela tu datang rumah tuan dia, dia akan bagitahu kata 'Tok Som bela pelesit'. Esoknya burung tu mati terkangkang.

Diceritakan juga, orang yang membela ini bila mati dan hantu dia tak ada tuan baru, hantu itu akan duduk di barang tuan dia, bila ada yang ambil barang-barang tuan dia, hantu itu akan terus mengikut dan berdamping dengan orang yang mengambil barang-barang itu.

Antaranya ialah mangkuk pinggan peninggalan orang yang membela, anak cucu cicit tak berani ambil, dibiarkan atau ditanam.

Pinggan ini, adalah pinggan peninggalan tok nenek saya yang dikatakan 'membela', tak ada siapa berani ambil, lama hampir seratus tahun dibiarkan didalam tong kayu, saya ambil pakai, tak ada le hantu ikut pun.


Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Misteri Pemadam Hilang: Cabaran Ibubapa di Sekolah Rendah

Lelaki Tak Puas Hati Mall Kayangan Dah Jadi Port B40, Siap Ada Kereta Proton dan Perodua

Gaji RM1,700 Tapi Nak Kereta RM163,000, Penjual Luah Kecewa dengan Sikap Gen Z dalam Rundingan Harga

Di Sebalik Kesederhanaan Humblebrag Vivy Yusof

Di Hatiku Ada Kamu: Drama Bersiri Terbaru Viu Lakonan Redza Rosli Dan Hannah Delisha

Para pelakon filem Gila Gila Remaja bertemu semula selepas 35 tahun! Lejen beb!