Pian Cecupak Meninggal Dunia


Innalillahiwainnailaihirajiun.

Sahabat kita Mohd Rafik bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pian Cecupak telahpun kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kasih sayangNya ke atas roh arwah Rafik dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh.

Berita kematian Allahyarham turut dikongsi rakannya ketika bersama kumpulan Cecupak iaitu Ucop yang menulis:

"Aku kehilangan seorang lagi teman sahabat kumpulan aku. Dia Pian.  Pian, hang pergi tinggalkan kami semua. Setelah setahun Pak Lah Cecupak pergi, kini kau pula pergi tiada lagi. Aku rasa sedih sangat. Dua insan yang aku rajin bergurau dan aku sayang pergi selama-lamanya. YA ALLAH,  ampunilah dosa beliau. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL FATIHAH."


Kumpulan Cecupak ditubuhkan selepas ahli-ahlinya menyertai program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1998 untuk mengulangi kejayaan kumpulan Senario yang juga terlahir dari program yang sama. Mereka dianggotai oleh Ropie, Ucop, Pian, Pak Lah dan Pak Jaih, malah Yassin juga pernah menganggotai kumpulan Cecupak sebelum menyertai kumpulan Senario. 

Dengan Cecupak, mereka menjayakan sitkom tiga musim yang pernah ditayangkan di TV3 membabitkan 36 episod sebelum Cecupak dibubarkan dengan ahli-ahlinya membawa haluan masing-masing. 



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

AJL40: Ini Ramalan Neelofa

Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH ACADEMY KE-94 #OSCARS