Komen bekas anggota Iklim tentang isu perlu bayar jika nyanyi lagu Saleem
Laporan Mstar baru-baru ini menyebut isteri Allahyarham Saleem, penyanyi kumpulan Iklim memberi amaran kepada siapa yang mahu menggunakan lagu Allahyarham untuk tujuan raih keuntungan perlu meminta izin terlebih dahulu. Komen beliau sebenarnya merujuk kepada syarikat rakaman yang mempromosi anak kepada Saleem, Syafiq Farhain dengan menggunakan nama Saleem tanpa kebenaran.
Umum melihat ia seolah-olah Julia tidak membenarkan lagu atau nama Saleem digunakan tanpa keizinan dan bayaran. Umum juga tahu Saleem sebenarnya lebih terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya bersama kumpulan Iklim seperti Bukan Aku Tak Cinta, Suci Dalam Debu, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai, Blues Terengganu Kita antaranya yang ditulis oleh komposer-komposer lain. Salah seorang bekas anggota Iklim iaitu Mohalim Salleh, pemain bass yang boleh dikatakan terlibat dalam hampir kesemua album studio Iklim tampil memberi pandangannya berhubung isu ini.
“Entahlah, malas nak cakap banyak. Kalau diambil kira Saleem hanya sebagai penyanyi, lagu ciptaan beliau rasanya ada satu dua je kat dlm album solo beliau. Dalam Iklim, semua lagu adalah ciptaan komposer-komposer yang terlibat, jadi tak perlulah mengaku lagu dia kot,” jelas beliau. Antara komposer yang menyumbang lagu untuk Iklim ialah Wan Zul, Siso, Azam Dungun, Umarul, Mohalim,Syed Amran, S Amin Shahab, Zurain, Usop, Anuar Dahlan, Eddie Hamid, M Nasir, Isa Gravity, Rosli Ali, Rashid Somantri, Dadang S Manaf, Saiden, Sani, Dr Wan Zawawi dan ramai lagi. “Ingat orang-orang ini. Semua ini ada hakcipta dan ada royalti pemilik,” tambah Mohalim.
Rata-rata komen netizen melihat kenyataan balu Saleem ini lebih sudu daripada kuah. Salah satu komen menyebut: “Komposer lagu beres je. Tak da sampai nak claim, nak tuntut itu ini. Siapa nak nyanyi, dipersilakan. Contohnya, M Nasir. Lagu-lagunha dinyanyikan sesiapa saja. M Nasir tak tuntut pun. Makcik ni yang lebih-lebih. Dia tak tahu banyak pasal dunia nyanyian. Sekadar menumpang suami sebagai penyanyi saja.”

Mohalim Salleh bersama Allahyarham Saleem |

Comments
Post a Comment