DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Selepas filem Crazy Rich Asians, pengarah Jon M Chu akan terus meneroka subjek orang Asia, kali ini menerusi sebuah filem biopik muzikal yang mengenengahkan Arnel Pineda, penyanyi yang berasal dari Filipina yang dikenali di peringkat internasional selepas dipilih sebagai vokalis band rock Journey yang kelima menggantikan tempat Steve Augeri. Filem ini akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures yang sebelum ini telah membeli hak penyiaran filem dokumentari "Don’t Stop Believin’: Everyman’s Journey" yang mendokumentasikan kisah Cinderella bagaimana Arnel daripada penyanyi yang tidak dikenali hingga meniti puncak sebagai vokalis band rock yang popular dengan lagu "Don't Stop Believin'" itu.

Ketika ini, pihak Warner Bros. sedang dalam proses mendapatkan hak penggunaan lagu-lagu Journey dari gitaris Neal Schon dan bekas vokalisnya, Steve Perry.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ulasan filem MILE 22

Restu: iQIYI & Infinitus Entertainment Anjur Tayangan Perdana Siri Original Tempat Asal Pasca-Raya

Sentuhan Wira: Kilas Balik Kegemilangan Thomas 1992 di Layar Perak

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!

Fast X Part 2: Francais Kembali ke Akar Perlumbaan Jalanan?