Ulasan filem PULANG : "Aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis..."

Aku tertinggal kapal. Aku baru je layan PULANG. Aku faham kenapa kutipan tiket filem ni kurang memberangsangkan. Pandangan aku selaku penonton biasa, apa yang boleh aku katakan ialah mutu lakonan pelakon-pelakon PULANG masih mengecewakan.

Bila lakonan nampak keras atau dibuat-buat, maka penonton tak dapat menjiwai lakonan itu. Jadi aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis menonton PULANG.

Mungkin sebab aku old school. Membesar dengan filem seperti Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagi Mu, Esok Untuk Siapa yang semuanya filem tangkap leleh dengan bintang seperti Noorkumalasari AKA ratu air mata. Scene paling tak boleh lupa, Jins Shamsuddin kena rantai bawah kolong rumah sambil terpekik-pekik panggil ibu dia. Now that's classic. Kalau kau tak rasa apa-apa,  mungkin kau seorang psycho. Dan filem PULANG minta maaf cakap, tak capai tahap tu.

Apa yang boleh aku kata, pelakon muda kena polished mutu lakonan. Or better yet, kalau memang takda bakat berlakon, pergilah jadi pengacara. Filem bajet tinggi macamana pun, skrip baik macamana pun, pengarah hebat macamana pun, kalau lakonan keras, filem jadi rosak!

OK, penyokong PULANG boleh balun aku. Ruang comment disediakan di bawah.

Ulasan oleh Khairul Nizam Anarkis (group FB Movie Addict)

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor