ALONG EYZENDY MENINGGAL DUNIA

LIndustri seni tanah air dikejutkan dengan berita sedih atas pemergian pelakon berbakat, Along Eyzendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.16 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.


Allahyarham yang berusia 47 tahun dilaporkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga selepas bertarung dengan masalah pendarahan serius dalam perut serta jangkitan pada saluran hempedu.

Anak jati Ipoh ini memulakan langkah dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2003 menerusi filem Gedebe. Beliau amat dikenali menerusi pelbagai naskhah popular seperti drama CID 3278 serta filem-filem hebat termasuk Budak Kelantan, Khurafat, Karak dan kali terakhir menerusi filem Harimau Merah: Resolusi. 

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat industri lakonan tempatan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Avengers: Endgame Kembali Kuasai Rekod Box Office Malaysia

Bagaimana Pat Smear Menyertai Nirvana?

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Pengikut Noam Chomsky di Malaysia Menggelabah

Di manakan pelakon Sidi Oraza (Sayang Salmah/Layar Lara) sekarang?

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia