Cik Epal Menang Anugerah Melodi Terhangat, Mahu Aktif Bidang Seni, Netizen Bingung: “Seni Apa? Seni Merentan?”
KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2025 – Dalam kepelikan yang suam-suam kuku, personaliti media sosial Cik Epal diumumkan sebagai pemenang Kategori Selebriti Trending Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (#AMT2025), menewaskan sembilan calon lain termasuk beberapa artis popular.
Anugerah ini merupakan usaha TV3 dan rancangan Melodi untuk menjenamakan semula acara yang telah ‘berkubur’ hampir sembilan tahun, kononnya demi mengiktiraf bintang paling "beshe-beshe" menurut undian peminat. Tapi, dari komen awam di media sosial, ia lebih berbunyi seperti ‘anugerah geli-geli’.
"Seni apa? Mixed martial art? Pergi daftar kat Opai," – komen sinis salah seorang pengguna TikTok, menggambarkan tahap kejanggalan kemenangan Cik Epal.
“Popular hat tang mana x taulah…” tambah seorang pengguna lain, disusuli respons-respons yang mempersoal sama ada ‘Cik Epal’ ialah pelakon, penyanyi, atau sekadar selebriti urutan algoritma.
Lebih pelik, Cik Epal dilaporkan menyatakan hasrat untuk terjun ke bidang lakonan selepas ini. Walaupun tiada portfolio seni persembahan yang kukuh, beliau sebelum ini cukup dikenali melalui hantaran media sosial — terutamanya ketika ‘trending’ kerana berkongsi isu rumah tangga di ruang awam.
Walaupun kemenangan ini mungkin sah dari segi undian, ia tetap menimbulkan persoalan tentang nilai pengiktirafan dalam era selebriti konten dan pengaruh mikro. Melodi, yang dulu pernah menjadi rujukan utama gosip artis dan laporan hiburan sejak 1993, kini kelihatan cuba kekal relevan dalam dunia hiburan yang lebih banyak digerakkan oleh algoritma, bukan bakat.
“Tak kenal pun siapa dia ni. Dengar nama je, tapi tak tahu langsung apa kisah sebalik nama ‘Cik Epal’,” – satu lagi komen yang mewakili sentimen ramai.
Sebagai sebuah platform arus perdana, penganjuran semula Anugerah Melodi selepas sembilan tahun sepatutnya menandakan kebangkitan nilai dan semangat seni — bukannya jadi medan untuk ‘undian siapa paling banyak pengikut IG’.
Kalau ini definisi baru ‘terhangat’, mungkin kita semua perlukan alat pengukur suhu baru.
Comments
Post a Comment