Sebelum Bidaah, Ada Penunggang Agama (sooka)

Sebelum gelombang filem bertema penyelewengan agama seperti Bidaah, Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof sudah pun mendahului dengan sentuhan berani dan mendalam. Ditayangkan pada Mac 2021, filem ini mengangkat tema manipulasi agama dalam masyarakat melalui sebuah kisah seram thriller yang mencengkam.


Mengisahkan Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami isteri yang berdepan dengan gangguan makhluk halus melibatkan ibu tiri Amir, Datin Maria. Namun, apa yang mereka hadapi lebih mengerikan — wujud manusia yang bertopengkan agama demi memenuhi niat jahat mereka sendiri. Mengusung tagline “Apabila Manusia Bertuhankan Iblis”, Penunggang Agama memaparkan sisi gelap kepercayaan yang disalahguna.

Barisan pelakon berpengalaman seperti Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Jalaluddin Hassan, Johan Ariff Asari dan lain-lain menambah kekuatan pada jalan cerita, manakala pengarahan dinamik Syafiq Yusof memastikan penonton tidak leka dari awal hingga akhir.

Bagi anda yang terlepas tayangan di Astro First sebelum ini, kini Penunggang Agama boleh distrim melalui aplikasi sooka — sesuai untuk tontonan bila-bila masa.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Jalil Hamid Meninggal Dunia

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Dato' Seri Vida Cemas Empat Bulan Tak Datang Haid, Apa Reaksi Netizen?

Ulasan Filem: Suicide Squad (2016) Janna Nick