Starvendors KL Mega Raya Fest 2025: Festival Raya Terbesar di Malaysia!
Kuala Lumpur, 22 Mac 2025 – Festival yang dinanti-nantikan setiap tahun, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, kembali dengan kelainan yang lebih hebat dan lebih meriah! Bertemakan Nostalgia Raya: Kembali ke Masa yang Indah, festival ini menjanjikan pengalaman raya yang luar biasa dengan lebih 50 artis terkenal dan pempengaruh media sosial terkemuka dari seluruh Malaysia.
Festival yang berlangsung selama 80 jam tanpa henti ini akan diadakan di KL Base Exhibition Centre (KLBEC) dari 20 hingga 24 Mac 2025. Dengan dua ruang utama - indoor yang dibuka 24 jam dan outdoor dari 3.00 PM hingga 6.00 AM - pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.
Antara yang menarik, festival ini menampilkan bintang-bintang besar seperti Dato' Ifa Raziah, Dato' Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Ramlah Ram, Che Ta Potpet, Liana Rosli (Kak KM), Amylea Azizan, Zoey Rahman dan ramai lagi. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan acara yang diacarakan oleh hos sensasi seperti Roslan Shah, Kelly Azman, Watie Sadali, CK Faizal dan Fadzly Fuad.
Satu lagi kemuncak menarik festival ini adalah kolaborasi dengan CERITA FESTIVAL 2025, yang akan membawa Foodstival Ramadhan yang mempamerkan pelbagai makanan dan minuman viral dalam suasana yang menakjubkan. Pastikan anda mencuba pelbagai hidangan unik di ruangan outdoor yang penuh keceriaan.
Apa yang Menanti Anda di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025:
- Tempat parkir luas dengan harga berpatutan per entry.
- Lebih 50 artis dan influencer terkenal yang memeriahkan festival ini.
- Pelbagai aktiviti menarik sepanjang festival.
- Promosi vendor dengan tawaran hebat.
- One-stop centre untuk segala kelengkapan raya anda!
- Kejutan Shop and Win, di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi GRAND PRIZE SEBUAH KERETA dan 100 RIBU RINGGIT Hujan Duit Raya!
Selain itu, Starvendors juga memperkenalkan kemudahan Buy Now Pay Later melalui kerjasama dengan SPAYLATER di ShopeePay, memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel.
Karnival ini turut mendapat sokongan penuh daripada KL Base Exhibition Centre sebagai lokasi rasmi dan Lobak Merah serta World of Buzz sebagai media rasmi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan festival terbesar ini dan memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan lebih MEGA dan lebih BERGEGAR di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025!
Comments
Post a Comment