Posts

Showing posts from June, 2021

Word of the Day: CIRIT

Image
"Semalam dia makan julap. Hari ni dia berak-berak" - Aziz Sattar

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

Image
Mendapat perkhabaran duka di mana Kartunis Aie telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Kita sedekah kan pahala bacaan al-fatihah kepada arwah. Aie atau nama sebenarnya,  Shaari bin Sulong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 24 Februari 1973. Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 di Kuantan, Pahang. Kerjaya awal Allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba. Karya yang terhasil disepanjang tempoh matang tesebut antaranya: Intan Syahidah, Koma, Abe, Toyon, Pak Andak, Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku, Love Ville, Whor...

HATIMU SEDINGIN SALJU lakonan Hisyam Hamid, Aprena Rose dan Hafeez Mikail - SINOPSIS LENGKAP

Image
Hatimu Sedingin Salju mula ditayangkan pada hari ini, jam 7 malam di TV3 lakonan mantap Hisyam Hamid sebagai Arman, Aprena Rose sebagai Rania dan Hafeez Mikail sebagai Nabil.  Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.  Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.  Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari. Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.  Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarny...

Dihina mandul, Siti Elizad buat laporan polis terhadap 'Zain Rashdan'

Image
Pelakon popular Siti Elizad sedih dan kecewa apabila dihina dan dikatakan mandul oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan akaun Zain Rashdan. Menurut Siti Elizad, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri. Buat Zain Rashdan, kau tengah popular sekarang. Bertabahlah. Pelakon Siti Elizad dah pasang lawyer, kes kedua pakcik bawang selepas mohd najib RitRud. Be strong, Siti Elizad. Sama-sama kita doakan semoga dapat balasan untuk orang ni. Kita doakan saja zain rashdan ni mati pucuk.

Uyaina Arshad mohon maaf guna lagu berlirik lucah di Instagram

Image
Asal boleh je kau ye?  Kurang faham dengan lirik lucah dan kuranh sopan sebuah lagu Touch It nyanyian Busta Rhymes, Uyaina Arshad memohon maaf kerana menggunakan muzik lagu tersebut dalam sebuah video Instagram. Arakuian Uyaina mengakui kesilapannya sebab tidak cakna terlebih dulu akan lirik dalam bahasa Inggeris itu sewaktu menggunakannya dalam sebuah video itu sebelum ditegur mengenainya, hanya sebab sedap didengar. Main letak je lagu. Kalau pakai t-shirt Nirvana tanya tiga lagu, confirm tak dapat jawab.  "Saya tidak sengaja menggunakan lagu itu untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu itu. Apa-apa pun, saya minta maaf." "Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video berkenaan tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ia bukan dalam bahasa Inggeris kerana sebutannya agak aneh," katanya. Terkini, Uyaina membintangi drama bersiri Love, Elsa di saluran Astro Ria.  Sumber: Kosmo & Harian Metro

Ulasan filem Fatherhood lakonan Kevin Hart (Netflix, 2021)

Image
Aku agak terkejut tengok tunjang utama adalah Kevin Hart, seorang comedian membawa watak serius. A very very good movie. Storyline as expected. Biasa saja. Bila tengok movie ini, aku teringat satu lagi movie lakonan Chris Evans iatu tajuk Gifted. Seakan ada persamaan aku rasa dan lihat. Sedikit berbeza adalah dari budaya latarbelakang. Fatherhood keluarga kulit hitam Amerika. You can feel the vibe. Aku puji movie dia punya soundtrack. Lagu-lagu dia best. More country. Walaupun ia memfokus kepada elemen father figure, aku suka tema femenisme diselitkan iatu perempuan tak semestinya kena pakai skirt.  Last scene yang Kevin Heart pakai skirt tue, aku nak versi yang lebih panjang. Bukan apa, his comedian characteristics terselah ketika dia mula menari tue. Rating:7/10 Ulasan oleh Fadzul Iqram @ grup Facebook Movie Addict 

JUSTIFY YOUR SHITTY TASTE: MENDAM BERAHI (2002) arahan Z Lokman

Image
Pengalaman berlakon filem Mendam Berahi menurut Dato' Eizlan Yusof (terkini beliau berlakon dalam filem Paskal): Selama hampir dua tahun aku 'tumbang' akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat inilah hampir sebahagian besar daripada artis-artis tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai-gerai makan* (laku jugalah jualan aku tengok). Aku buka jugalah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak buka kedai makan (di Kampung Baru, depan International Hotel). Aku bernasib baik sebab ada juga job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugalah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor-doktor dan shooting di Ipoh Specialist Centre, Perak). Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang kesembilan dengan Metrowealth Movies Productions di bawah arahan Z Lokman dan pada asalnya aku ada enam babak aje teta...

Raihan - Puji-Pujian, sebuah 'black album'

Image
2 Januari 2022 ini genaplah 25 tahun sejak Raihan pertama kali muncul dengan 'black album' mereka, Puji-Pujian.  Macamana korang boleh mula kenal Raihan atau album klasik ini? Favorite track? Pernah perform lagu Raihan masa Hari Guru? Trivia: Puji-Pujian ialah album terlaris, bukan saja bagi genre nasyid tapi segala genre muzik tempatan. Ketika ia dikeluarkan, jualannya mencecah 600,000 unit fizikal (kaset dan CD) dengan 200,000 unit terjual pada bulan pertama. Sehingga hari ini, jualannya mencecah anggaran 1.5 juta unit di serata dunia.  Puji-Pujuan juga merupakan rilisan major label pertama bagi sebuah album nasyid iaitu di bawah syarikat rakaman Warner Music. Dulu semua underground. Penerimaan Raihan secara mainstream  membuka jalan pada kumpulan-kumpulan nasyid lain untuk diterima umum seperti Hijjaz (di bawah BMG), Rabbani (di bawah EMI), dan Brothers (ambang Klasik, anak syarikat TV3 ketika itu).

Ulasan filem Luca (2021)

Image
Luca merupakah seekor mahkluk laut yg tidak pernah mengenal erti hidup di daratan, satu hari beliau terjumpa dengan Alberto makhluk laut yang tinggal di daratan dan Alberto mengajar Luca bagaimana untuk menyamar menjadi manusia sebenar, dan tinggal di daratan yg penuh dengan pemburu hidupan laut...   Seperti biasa Pixar jarang mengecewakan penonton nya, filem ni seronok dan lucu,. Bagaimana bnda yg pada kita remeh tp besar maknanya bagi yang lain, filem ni sesuai di tonton bersama seisi keluarga, santai2 hujung minggu...  "Vespa is freedom" "What's wrong with you, stupido" *7/10 Ulasan oleh Iezham Iesnordin @ grup Facebook Movie Addict 

12 TAHUN LALU, FILEM SYURGA CINTA ASYIK SOLD OUT KAT PANGGUNG

Image
Let it be known, CEO Finas pernah mengarah filem komedi romantis keagamaan yang pecah panggung. Syurga Cinta ialah filem keluaran Metrowealth Movies Production, dibintangi oleh Awal Ashaari, Heliza dan bintang kanak-kanak Muhamad Hadziq Hazem (Tom Tom Bak) dan pernah ura-ura mengatakan bakal menang di Festival Filem Malaysia ke-22 tapi hanya tercalon bagi kategori Cerita Asal Terbaik sahaja. Kategori ini dimenangi oleh Afdlin Shauki melalui filem Papadom yang bersaing dengan calon-calon yang tak kurang hebatnya seperti Yasmin Ahmad (Talentime), Fariza Azlina (Kami The Movie) dan Bade Hj. Azmi (Maut).  Filem ini mendapat sambutan yang hebat di pawagam walaupun bersaing dengan filem-filem seperti Star Trek dan Terminator: Salvation. Filem ini berjaya mengutip RM2.2 juta sepanjang dua minggu tayangan. Tak pasti  yang datang menonton kerana ia premis keagamaan seperti filem Ayat-ayat Cinta atau sebab nak tengok Heliza Helmi atau nak tengok budak Tom Tom Bak atau nak te...

Ada yang pernah layan The Handmaid’s Tale?

Image
Series ni menarik juga bagi saya. Bermula daripada kadar ibu mengandung yang menjadi semakin rendah di dunia, dan akhirnya US bertukar kepada sebuah negara yang terlalu agresif dengan agama demi mendapatkan zuriat iaitu Gilead. US menjadi negara yang berpatah balik kepada zaman dahulu, habis semua pakaian n cara hidup jadi macam zaman masih belum ada teknologi moden.  Takde handphone, internet semua. Semua orang dikawal oleh tentera di mana-mana sahaja oleh tentera Gilead (the Eyes) supaya tak melanggar undang2 Gilead yang amatlah kejam. Main character dalam series ni June, seorang ibu atau wanita yang menentang konsep kezaliman Gilead kepada wanita. June menjadi handmaid kepada sebuah pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam cabaran yang dia lalui untuk jumpa anaknya dan lari daripada Gilead. Tension betul setiap episod yang kita tengok. Recommended untuk yang minat psychological thriller. Boleh tonton di HBO Go. Ada subtitle BM. Rating: 9/10 Ulasan oleh Muhamma...

Kenali AZAR AZMI (pelakon utama Derita Untuk Bahagia)

Image
  Nama sebenar beliau ialah Siti Azar Ameerah Azmi, lahir pada 13 Mac 1989. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Azar bermula sebagai pelakon tambahan sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/10 yang yang turut disertai oleh Neelofa selaku juara, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam. Beliau pernah berlakon pelbagai drama dan telefilem memegang watak utama serta pembantu seperti Mr Boss Miss Stalker, Suri Hati Mr Pilot, Gerak Khas, Red Velvet, Isteri Untuk Diiktiraf dan Pujaan Hati Kanda. Nama Azar mula dikenali selepas lakonan berkesannya sebagai pelacur bernama Juita (watak yang  asalnya diberikan kepada Nelydia Senrose) dalam drama bersiri popular Nur 2 di TV3 sebelum ini. Selain bidang lakonan, Azar merupakan seorang usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

LOVE, ELSA lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad Episod 2: Jiran nak berkenalan la tonight!

Image
Nantikan drama adaptasi novel 'Love, Elsa' karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang.  JUDUL : LOVE, ELSA EPISOD : 24 TARIKH TAYANGAN : 2021 SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria) PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies PENULIS NOVEL : Acik Lana PENGARAH : Michael Ang PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Zalfazin WATAK PELAKON  Zul Ariffin sebagai Ridza Kim Uyaina Arshad sebagai Ammara Zeera Azizi sebagai Sofea Mona Allen sebagai Madam Qistina Nasz Sally sebagai Habsah Iman Suhana sebagai Hamidah  SINOPSIS LOVE ELSA Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Diseba...

Sinopsis BUDAK TEBING MUSIM 2 di TV3, mulai 18 JUN

Image
Nantikan drama Budak Tebing Musim 2 di slot Lestary TV3 mulai 18 Jun ini. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. SINOPSIS Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing. DRAMA bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing mendapat perhatian ramai sejak disiarkan. Dengan rekod 10 juta penonton sepanjang 13...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY