HOLMES & WATSON: filem spoof yang gagal dan tak lucu langsung

Filem PERTAMA untuk tahun 2019.

Walaupun dikatakan mendapat sambutan kurang memuaskan di negara luar, saya pun nekad hendak menonton filem ini sebab saya peminat tegar penyiasat Sherlock Holmes ini. Apatah tidaknya, setelah menonton watak ini dilakonkan Benedict Cumberbatch amat menjadi dalam siri televisyen bersama Martin Freeman sebagai Dr Watson.

Apabila saya dapat tahu bahawa dua pelakon Amerika, Will Farrell dan John C. Reilly memegang watak penyiasat British ini, Sherlock Holmes dan Dr Watson, keraguan mula timbul di benak saya, lebih-lebih lagi nama Will Ferrell yang lebih sinonim watak komedi berbanding dengan watak serius seperti Sherlock Holmes.

Oleh itu, sesiapa yang masuk ke pawagam dan mengharapkan filem ini seperti siri televisyen lakonan Cumberbatch dan Freeman akan merasa hampa. Filem ini cuba memberi sisi berlainan, yakni sisi komedi. Bagi saya, ia tidak menjadi dan tidak berkesan. Lebih mendukacitakan, ia seperti tidak 'menghormati' watak yang dicipta oleh Sir Arthur Conan Coyle. Ada sesetengah watak atau ikon tidak boleh dijadikan watak lawak.

Plotnya mudah difahami yang mana Holmes dan Watson diperintahkan oleh Permaisuri England menyelesaikan satu kes pembunuhan dengan segera sebab pembunuh ini berjanji akan bunuh Permaisuri dalam masa beberapa hari lagi.

Bermulalah siasatan Holmes dan Dr Watson cuba menyelesaikan kes tersebut dengan cara mereka tersendiri ala "bumbling detective." (seperti Inspector Clouseau dalam filem The Pink Panther)

Sungguhpun ada bibit-bibit siasatan yang menyerupai Sherlock yang serius, tetapi ia tidak berupaya mengangkat imej watak Sherlock yang sebenarnya.

Pemilihan dua aktor Amerika ini memegang watak ikon British ini merupakan langkah yang tidak tepat. Pilihan tersebut mungkin kerana niat penulis skrip dan sutradara Etan Cohen adalah buat "spoofing" filem ini. Dan beliau cuba masukkan ciri muzikal dengan watak Holmes dan Dr Watson bernyanyi!!!

Pada hemat saya, filem ini gagal sebagai filem lucu /spoof, apatah lagi sebagai filem penyiasatan. Filem ini tidak lucu langsung.

Saya bagi 1 bintang /5 bintang

Ulasan oleh Kenneth Chew (Movie Addict)

HOLMES & WATSON kini di pawagam edaran United International Pictures Malaysia

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor