Mr. Os melakukan aksi stunt sendiri dalam filem Kembar Siam yang jauh lebih hebat daripada Fattah Amin

Dalam satu babak filem Kembar Siam (1988), Mr. Os (Allahyarham) pernah terjun dari menara air berketinggian bangunan dua tingkat. Ini menunjukkan beliau boleh berlakon dan beraksi lasak dalam filem, tidak seperti pelakon lelaki sekarang. Dah la lembik, menangis meraung-raung ditinggalkan kekasih malah kaku, keras, mangkuk hayun dan 99 patah kayu lagi semasa berlakon. *

Filem Kembar Siam arahan A.R. Badul menceritakan tentang seorang pemuda kampung bernama Yusop yang berhijrah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menjadi seorang superstar. Satu hari ketika di sebuah pusat snooker, Yusop terserempak dengan Os, seorang selebriti terkenal di mana wajah mereka seiras seperti kembar. Mereka kemudiannya bertukar identiti kerana Os mahu mengelak dari diburu oleh peminat-peminatnya. Dari situlah berlakunya pelbagai kekeliruan. Selain Mr. Os, filem ini turut dibintangi oleh Ziela Jalil, Isma Alif, Sheila Rusly dan Hussein Abu Hassan.

Filem ini adalah di antara filem-filem tempatan yang menggunakan seorang pelakon untuk berlakon dua watak (double role) selain Tan Sri P Ramlee dalam filem Anakku Sazali dan Mat Sentol melalui filem Mat Raja Kapor. Kiranya macam Shah Rukh Khan dalam cerita Duplicate atau Van Damme dalam Double Impact lah. Ini menunjukkan filem tempatan telah lama 'advance'.

Alfatihah untuk arwah Mr. Os.

* sumber: FB Norshah Madi

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.