[review] The Runaways : Legasi Kugiran Wanita Hebat Di Layar Perak




Filem : The Runaways (Sony Pictures)
Arahan: Floria Sigismondi


Jika anda ingin sebuah filem genre muzikal yang mana fokus ceritanya lebih kepada biografi watak itu sendiri maka The Runaways adalah sebuah filem yang anda mesti tonton sampai khatam. Tidak seperti filem biografi yang lain karya ini berkisarkan kugiran yang dikepalai oleh kaum hawa yang pernah menjadi kegilaan peminat suatu ketika dulu. Menyebut nama Joan Jett anda pasti kenal dengan nama wanita ini. Seorang rockstar wanita yang pernah menggegarkan arena muzik antarabangsa suatu ketika dulu dengan kugirannya yang digelar The Runaways.The Runaways diilhamkan daripada sebuah buku berjudul Neon Angle: A Memoir The Runaways yang ditulis oleh vokalis asal band ini iaitu Cherie Currie.  Filem ini  dikeluarkan pada tahun 2010 dan mencapai kutipan sebanyak USD$3,573,653. Ia bukanlah filem biografi yang mendapat kutipan pecah panggung seperti 8 Mile dan Get Rich Or Die Tryin. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Floria Sigismondi yang merupakan seorang pengarah muzik video. Fokusnya lebih kepada latar tahun 70an yang membawa kepada kemunculan kugiran The Runaways dan perhubungan antara Jon Jett dengan Cherie Currie sebelum penarikan diri si vokalis daripada kugiran ini.



Watak Currie dipegang oleh aktres Dakota Fanning, Joan Jett pula oleh Kristern Stewart dan Michael Shannon memegang watak sebagai penerbit album bernama Kim Fowley. Permulaan ceritanya dimulai dengan Cherie dan kakaknya, Marie Currie ( Riley Keough ) dalam satu adengan Cherie datang bulan untuk kali pertama. Teman lelaki kakaknya Derek ( Brendan Sexton III ) menumpangkan mereka berdua untuk balik ke rumah. Dengan tidak sengaja Marie memberitahu teman lelakinya tentang masalah adiknya itu. Selepas itu, Cherie mengambil keputusan untuk memotong rambutnya dan cuba mengubah penampilannya dengan memakai make up. Dia seolah-olah kelihatan seperti David Bowie ( cover seperti poster Aladdin Sane ). Cherie juga turut menggerakkan bibirnya dengan meniru nyanyian David Bowie untuk lagu Lady Grinning Soul di pertandingan bakat baru sekolahnya yang akhirnya diumumkan sebagai pemenang walaupun pada awalnya dibaling dengan gumpalan kertas oleh rakan-rakan sekolahnya. Cerita tentang Joan Jett bermula dengan dia keluar dengan seorang lelaki di luar sebuah kelab yang nampak seperti seorang penerbit album. Dengan muka yang selamba dia bercakap tentang ideanya untuk menubuhkan kugiran wanita di hadapan lelaki bernama Kim Fowley. Kim berminat dengan idea Joan Jett dan memperkenalkanya dengan Sandy West ( Stella Maeve ) yang merupakan seorang pemain dram. Joan dan Sandy mula menjadi rapat dan mereka berdua menjemput seorang gadis yang bernama Cherie dan akhirnya menyertai mereka selepas menyertai uji bakat yang diadakan selepas menyanyikan lagu Cherry Bomb. Cherie tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibu kandungnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Indonesia. Selepas itu, dia mula mengembara bersama kugirannya. Mereka mendapat perhatian dan akhirnya mengikat kontrak dengan Mercury Records. Tanpa membuang masa sebuah album debut dirakamkan. Kejayaan album tersebut membawa mereka ke Jepun untuk siri konsert. Lita Ford ( Scout Taylor-Comton ) membaling senaskhah majalah yang memaparkan wajah Cherie.Cherie beranggapan cerita dalam majalah itu adalah mengenai kugiran mereka tetapi ia hanya sekadar cerita tentang dirinya. Cherie dan Lita bergaduh sehinggakan  peminat fanatik jepun mereka memecahkan tingkap dan masuk memaksa mereka melarikan diri. Malang bagi Cherie yang jatuh pengsan dan dihantar ke hospital ekoran overdose. Sewaktu rakaman album seterusnya Cherie mula berasa tidak selesa dan enggan meneruskan sesi rakaman. Ditambah pula dengan mulut cabul si Lita yang bercakap tentangnya memburukkan lagi situasi. Walaupun Joan menyokong Cherie supaya meneruskan rakaman situasi menjadi semakin buruk dan akhirnya Cherie meninggalkan band tersebut. Tidak bagi Joan yang terus menubuhkan sebuah grup muzik yang baru bergelar Joan Jett and the Blackhearts. Masalah kesihatan Cherie kembali serius dan dimasukkan ke hospital selepas jatuh pengsan di tempat letak kereta sebuah pasar raya. Kakaknya Marie melawatnya. Selepas itu Cherie mendapat tahu tentang Joan membawakan lagu cover I Love Rock n Roll di sebuah rangkaian radio. Kemudian, Cherie menghubungi stesen tersebut sewaktu Joan mengadakan sesi temu ramah di sana. Selepas perbualan antara Joan, Cherie dan hos radio Rodney Bingenheimer ( Keir O’Donnell ) Cherie mengeluarkan kata terakhirnya selamat tinggal sambil tersenyum sementara lagu Joan yang seterusnya Crimson and Clover ke udara di radio.

Filem ini mengikut gaya filem-filem biografi Amerika yang lain seperti 8 Mile dan Notourius BIG. Pengarah berjaya membawa penonton menghayati perjalanan filem ini walaupun beliau dikenali dengan pengarah muzik video. Ini membawa kepada 65 peratus kritikan positif terhadap filem ini. Seorang pengkritik Robert Ebert memberikan filem ini 3 bintang. New York Times turut memberikan komentar positif untuk filem ini. Kredit yang paling utama adalah lakonan mantap Dakota Fanning dan Kristern Stewart. NAZRI AHMADEUS

Nota Kaki
- Kristen Stewart lebih dikenali dalam filem The Twightlight Saga berbanding filem lakonan yang lain. Beliau lebih dikenali dengan gandingan mantap bersama hero The Twightlight Saga Robert Pattinson. Kristen Stewart akan muncul dalam edisi terakhir The Twightlight Saga berjudul Breaking Dawn.

- Album runut bunyinya yang diriliskan pada Mac 2010 pula tidak menampilkan sepenuhnya lagu-lagu The runaways tetapi ia menampilkan ramai artis termasuklah Dakota Fanning dan Kristen Stewart sendiri. Antara mereka yang terlibat dalam album ini ialah Nick Gilder, Suzi Quatro, MC5, David Bowie, The Stooges, Sex Pistols dan Joan Jett.

- Lita Ford kembali sebagai artis solo untuk label Polygram pada tahun 80an dan meriliskan beberapa buah album dengan beberapa lagu yang hit seperti Kiss Me Deadly dan Close My Eyes Forever. Beliau juga pernah diuruskan oleh Sharon Osbourne dan berduet dengan Ozzy untuk satu lagu. Beliau telah berkahwin dengan vokalis asal grup Nitro bernama Jim Gillette. Album studionya yang pertama selepas 14 tahun menyepikan diri berjudul Wicked Wonderland dikeluarkan pada Oktober 2009.

- Joan Jett merupakan ahli Runaways yang paling sukses saat perpecahan band ini. Walaupun mengalami pengalaman pahit ( 23 label rakaman pernah menolaknya ) beliau menubuhkan Blackheart Records pada 1980 dengan secara langsung menjadi artis wanita pertama menubuhkan label rakaman. Beliau juga dikenali dengan lagu-lagu seperti Crimson and Clover, Bad Reputation, I Hate Myself If For Loving You. Pernah berlakon bersama Micheal J. Fox dalam filem Light Of Day. Majalah Rolling Stones mengiktiraf beliau sebagai salah seorang gitaris terbaik.

- Cherie Currie tidak secerah Joan Jett kerana ketagihan dadah yang serius. Selepas meninggalkan The Runaways beliau mengeluarkan sebuah album solo pada 1978 berjudul Beauty’s Only Skin Deep dan album duet bersama kakaknya Messin’ With The Boys. Pernah muncul untuk beberapa filem seperti Foxes bersama aktress Jodie Foster. Currie bekerja sebagai kaunselor pencegahan dadah untuk remaja yang terlibat dengan dadah. Terkini beliau mengikat kontrak dengan label rakaman milik  bekas bandnya Joan Jett Blackhaert Records.

- The Runaways menjadi sebuah band rujukan untuk band wanita generasi terkini seperti The Go-Go’s, Sahara Hotnights,L7,The Donnas dan  Platiscinesto. Malah turut memberikan pengaruh untuk penyanyi wanita seperti Germs, Courtney Love, Ashlee Simpsons,Pink dan Miley Cyrus.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama