Mampukan filem BAKARA atasi kutipan filem Mat Kilau sehingga RM100 juta?

Aku beranggapan bahawa kenapa sumbangan lebih 100 anggota tentera Malaysia bagi menyelematkan sekumpulan renjer Amerika yg terperangkap di Mogadishu pada peristiwa Black Hawk Down tidak dipaparkan didalam filem Black Hawk Down adalah, ini filem mereka.

Mereka buat, dan nak tunjuk mereka lemah? Mesti la tak kan??

Boleh je dorang buat tiba2 Captain America datang tolong. Takpun Superman datang tolong.

Mereka boleh buat sebab ini filem mereka. Cuma dia akan jadi filem fiksyen la.

Jadi bagaimana kita nak tunjukkan fakta sebenar yg mereka sembunyikan ini? Ya, kita kena ada filem kita sendiri.

Dan mungkin disinilah peranan filem Bakara bakal mengambil tempat.

Dikatakan filem Bakara arahan Adrien Teh ini akan memaparkan sisi sebenar bagaimana perjalanan tentera Malaysia bagi membantu menyelamatkan 70 renjer Amerika yg terperangkap di Mogadishu pada tahun 1993.

Sebab sumbangan tentera kita bukannya kecil. Ada yg terkorban juga. Tapi seolah-olah tidak wujud diperlakukan.

Dibarisi para pelakon hebat, dibekalkan dengan bajet yg besar serta diarahkan oleh seorang yg pernah membikin filem ketenteraan (Paskal), aku harap filem Bakara dapat menjadi filem yg membanggakan rakyat Malaysia nanti.

Aku petik sikit lirik lagu Negaraku (2018)

"Ini bukan negara aku, ini negara kita, buat je cara kita"

Jadi ini bukan filem aku, ini filem kita, buat je cara kita.




Kredit Alias Mrv dari group Movie Addict MY. Pautan asalhttps://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/permalink/988360785164750/

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Ulasan filem Monkey Man

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?