TAKZIAH: PENYANYI SITI SARAH RAISSUDDIN MENINGGAL DUNIA #COVID-19

Mendapat perkhabaran duka sebentar tadi sekitar jam 5:13 pagi di mana penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia. Sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.

Allahyarham yang juga isteri pelawak popular, Shuib Sepahtu sebelum itu dilaporkan berada dalam keadaan yang agak tenat di mana paras bacaan oksigen menurun 40 peratus setelah bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).


Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Eminem Kini Pengusaha Restoran Mom's Spaghetti

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!

Ulasan Filem: Suicide Squad (2016) Janna Nick

Ulasan filem BRAWL IN CELL BLOCK 99 (2017)

Neelofa dan Nabil Dikecam Netizen: Nasihat Kontroversi dalam Isu Keluarga Pemanggil Radio