Viral di TikTok gara-gara lagu Dinda, Kugiran Masdo kini jadi sebutan peminat muzik Indonesia
Viral di Indonesia gara-gara lagu Dinda dendangan Kugiran Masdo yang sering digunakan sebagai lagu tema pasangan bercinta di aplikasi TikTok, rupa-rupanya Kugiran Masdo yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia ialah penyelamat muzik Malaysia hampir dua tahun lalu yang ketandusan kumpulan gitar rancak yang mampu memecah bentung arus muzik perdana menurut laporan portal BACKSTAGE.MY. Kugiran Masdo dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis, Asmawi (gitar utama), Putu Ceri (bass) dan Azham Ahmad (dram) bermula sejak tahun 2015 daripada asalnya bernama The Lipstik. Selain Dinda, mereka juga popular dengan lagu-lagu seperti Bunga, Teruna & Dara, dan Bercanda di Malam Indah. Biarpun dicerca dan dihina oleh penyokong Neelofa yang bertenggek depan TV menonton Meletop, ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa Kugiran MASDO ialah penyelamat irama yang dibawa oleh kumpulan gitar rancak yang semakin sendu hampir sedekad lalu selepas berjaya ke final Anugerah ...