Ulasan filem Bisik Pada Langit: "Berdosa kalau Astro Shaw hanya ditayang filem sebagus ini hanya di kaca televisyen..."

Sesungguhnya memang dosa paling besar Astro Shaw pernah buat kalau ditayang filem sebagus ini hanya di kaca televisyen seperti perancangan awalnya tahun lepas. Penantian memang menyeksakan (tangguh tayangan hampir setahun), tapi kali ini, penantiannya memang berbaloi.

Bisik Pada Langit memang ada resemblance siri dan filem Nur Kasih (2011) yang sangat kuat baunya dari segi; perwatakan, tema, teknik penceritaan tetapi mungkin kali ini pembuaian emosinya lebih terkesan berbanding kisah Adam, Nur dan Aidil. Kisahnya mampat diisi dengan eksplorasi perasaan seorang bapa yang pelbagai. Tegas dalam mengajar, penyayang dalam membuat keputusan. Cuma silapnya apabila meletakkan tanda aras yang sama bagi setiap anak anaknya (ironinya tidak pula memberi layanan yang sama bagi semua).

Ia membuka persoalan yang sangat menarik untuk direnung kaum bapa, adakah kita mengajar berkiblatkan kejayaan tipikal semata mata, atau ada definisi kejayaan yang lebih luas rangkanya dari itu.

Siti Hajar seorang yang bijak, 12A SPM, inilah harapan keluarga Rosdi (Jalil Hamid) selepas abangnya Zaidi (Beto Kusyairi) terkandas dalam misinya mengubah nasib keluarga demi menjaga ayahnya yang sakit dan memberi laluan (financially) untuk adiknya Hajar. Iqbal mungkin tidak bagus dalam akademik, tetapi tangan cekapnya membaiki kenderaan menjadi bualan di daerah rural negeri Johor.

Bisik Pada Langit mengingatkan kita tentang keredhaan, betapa pentingnya menyerahkan diri kepada tuhan selepas segala usaha, supaya kita sedar yang kita perlu teruskan hidup walau apa pun berlaku.
Perit, tapi perlu.
Perasaan hopeless, tidak berguna seorang bapa diterjemah baik dalam keinginan Rosdi untuk ke Australia selepas menerima berita anaknya parah biarpun serba kekurangan dan kegeramannya mendengar kekasih Hajar menyelesaikan segala birokrasi proses membawa pulang anaknya.

"Habis aku ni buat apa? Aku ni bapak dia! Aku tak boleh sabar dah!"

Suntingan yang baik (ada flaw sana sini tapi dimaafkan), pengarahan sinematografi yang menangkap gaya Md Noor Kassim memang tak payah disangkal lagi. Moodnya tepat, jalan ceritanya enak menggelongsor lancar tanpa sangkut sambil sekali sekala menggoncang jiwa.

Lakonan Jalil Hamid perlu diiktiraf oleh juri-juri festival filem malaysia tahun ini. Tak pernah terfikir pun, akan banjir menonton lakonan serius seorang komedian ulung kita. Aku harap semua mata terbuka menonton jiwa Jalil Hamid. Bukan Jalaluddin Hassan saja boleh bawa watak macam ni.

Cukup rasa!

Ini mungkin filem kekeluargaan yang terbaik untuk tahun ini. Aku terkesan. Sangat, sangat terkesan.

Filem ini ada adegan nazak paling berjaya aku pernah tonton sepanjang aku menonton filem Melayu. Berjurai jurai air mata keluar. Nasib baik tak ada orang dalam panggung. Kahkahkah.

TAHNIAH!

Markah: 3.5/5 Bintang!

Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Genre: Drama
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor
Pengarah: Kabir Bhatia

Ulasan oleh Ashraff Mokhtar, dari group Facebook ‎Movie Addict

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Kim Seri Mohon Maaf Secara Langsung di TikTok, Akui Kesilapan dan Rayu Peluang Kedua

Lelaki Pikat Doktor, Tapi Terlopong Kena Hantaran RM30,000!

Liku-liku Hidup Fazura dan Kisah Perceraiannya Ibarat Lagu Band Korn

Anas Zuhrin: Individu Mulia Bantu Rozita Che Wan Selesaikan Hutang