Cristiano Ronaldo Lancar Saluran YouTube: Pecah Rekod dengan Pantas
Cristiano Ronaldo, ikon bola sepak yang terkenal di seluruh dunia, telah mencipta sejarah baru dalam dunia digital. Setelah bertahun-tahun permintaan daripada peminat, Ronaldo akhirnya melancarkan saluran YouTube rasminya yang dikenali sebagai "UR Cristiano" pada 21 Ogos 2024. Kejayaan saluran ini amat mengejutkan. Dalam tempoh hanya 90 minit selepas pelancaran, Ronaldo telah memperoleh 1 juta pengikut. Ini bermakna sekitar 11,111 orang menekan butang subscribe setiap minit dan 185 orang setiap saat. Kejayaan ini berterusan dengan pantas, dan sehingga laporan ini ditulis, bilangan pengikutnya sudah mencecah 53 juta orang. Untuk perbandingan, MrBeast yang memegang rekod pengikut terbanyak dengan 311 juta subscribers memerlukan masa empat tahun untuk memperoleh 10 juta pengikut pertamanya. Namun, Ronaldo melakukannya dalam kurang daripada 12 jam. Dalam masa hanya lima hari selepas pelancaran, saluran "UR Cristiano" telah melepasi 50 juta pengikut, melebihi CarryMin...