Posts

Showing posts from October, 2024

Gaji RM1,700 Tapi Nak Kereta RM163,000, Penjual Luah Kecewa dengan Sikap Gen Z dalam Rundingan Harga

Image
Seorang penjual kereta, Wan M Faris, meluahkan rasa kecewanya di media sosial terhadap sikap seorang pelanggan generasi Z dalam satu rundingan harga sebuah kereta yang bernilai RM163,000. Perbualan di antara penjual dan pelanggan ini mencetuskan ketegangan apabila pelanggan tersebut meminta diskaun besar untuk menurunkan harga kereta tersebut kepada RM100,000, dengan deposit sebanyak RM6,000 sahaja. Penjual menegaskan bahawa pengurangan daripada RM163,000 kepada RM100,000 adalah permintaan yang tidak munasabah, lalu beliau terpaksa menolak permintaan tersebut. Pelanggan yang berpendapatan bersih RM1,700 sebulan meluahkan rasa kecewa dan menyindir penjual sebagai "menolak rezeki." Dia juga menyatakan bahawa dia tidak akan mengesyorkan penjual ini kepada rakan-rakannya. Wan M Faris turut berkongsi bahawa pelanggan tersebut sering meninggalkan komen negatif di iklan-iklan kereta lain, malah mengajak rakan-rakannya untuk turut memberi komen negatif apabila...

Polis Hentikan Konsert 'Malam Perayaan Patah Hati' serta-merta di Kemaman, Terengganu

Kemaman: Polis menyerbu sebuah premis berhampiran Kuala Kemaman malam tadi dan mengarahkan konsert dikenali sebagai 'Malam Perayaan Patah Hati' dihentikan serta-merta pada kira-kira jam 11 malam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima aduan awam berkenaan kesesakan lalu lintas dan gangguan bunyi muzik yang kuat di kawasan tersebut pada kira-kira jam 9.20 malam. "Kira-kira 1,500 peserta hadir ke program itu, yang didapati tidak mempunyai kelulusan permit. Penganjur telah diarahkan untuk menghentikan program tersebut, dan semua hadirin diminta bersurai," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sumber: Harian Metro

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY