Posts

Showing posts from December, 2017

Kedi (2016) : Sebuah filem dokumentari Turki, mengenai kucing di Bandar Istanbul, Turki

Image
Buat peminat kucing, filem ini semestinya akan memikat hati anda sepanjang tontonan. Kucing-kucing di Istanbul dibiarkan bebas berjalan dan tinggal bersama-sama masyarakat Istanbul tanpa sebarang halangan. Malah kucing-kucing disana dijaga dengan penuh kasih dan diberikan perhatian sepenuhnya oleh masyarakat Istanbul. Plotnya berkisar kucing-kucing yang telah menyentuh hati masyarakat Istanbul dan yang telah meninggalkan kesan dalam hidup mereka. Senimatografinya 'A', sangat cantik, filem dokumentari ini merakamkan bandar Istanbul dengan sangat indah sekali, kucing-kucing juga dirakamkan dengan sangat terperinci. Tambah pula bila tonton dalam mode HD. Lagilah berpuas hati. Rating: 98% dari Rotten Tomatoes 7.7/10 dari IMDb 8/10 dari saya Selamat menonton Kedi. Ulasan oleh Aini Nasir (‎group Facebook Movie Addict)

Ulasan filem Murder on the Orient Express

Image
Bukan setakat pengkritik saja boleh menentukan untung rugi sesebuah filem tu, panggung wayang pun boleh memainkan peranannya jugak. Tak banyak panggung yang menayangkan filem ini tapi sy sanggup jugak pergi ke panggung yang agak jauh sebab saya memang suka filem-filem yang bergenre penyiasatan ni... Ternyata tak rugi, dan amat berbaloi sekali walaupun jauh...Sebelum masuk hall dah mula meneka siapalah pembunuhnya.  Bila dah tonton ternyata amat meleset skali tekaan saya. Harap tiada siapa yang spoilerkan filem ni. Psssttt, lebih bagus daripada Sherlock Holmes! 9/10 Ulasan oleh Eddy Jaegerjaquez (Movie Addict)

Olaf's Frozen Adventure: Apa kata anda?

Image
Filem "pendek" yang berdurasi 21 minit ini,ditambah dengan iklan selama 10-15 minit, menjadikan tempoh menunggu selama 30 minit sebelum Coco mula di tayangkan. Sekaligus, ia menjejaskan momentum penonton yang telah di persiapkan untuk Coco. Walaupun saya peminat Frozen dan agak terhibur dengan filem pendek ini, tetapi Coco berhak dan layak untuk berdiri di layarnya sendiri. Bayangkan kalau anda dah buat kerja sehabis baik untuk satu pembetangan, tiba tiba ada rakan sepejabat yang sememangnya digemari bos tunjuk pandai dan present dahulu dengan galaknya. Ulasan oleh Firdaavincci Azmi   (Movie Addict)

Ulasan filem BEYOND SKYLINE: Bersilat dengan makhluk asing...

Image
Tidoq tak lena la malam nih... Teruk sungguh filem nih bagi saya. Frank Grillo (Captain America: Civil War), Iko Uwais (The Raid, Merantau) Dan Callan Mulvey (Captain America: Winter Soldier, Batman v Superman) tak ada apa-apa yang nak dibuktikan dlm filem ni. Babak beranak, babak jaga bayi, jaga orang buta semua tu poyo semata. Ditambah lagi bersilat dengann makhluk asing.. sigh.. Paling best hanya bloopers di akhir penamat filem. Seksaan dari mula hingga penamat.. Lelah... Ulasan oleh Eddy Jaegerjaquez (‎Movie Addict)

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY