Buntat hidup kembali dalam 7 Hari Mencintaiku 2
Nama Buntat pernah menjadi satu trending di sosial media kerana drama 7 Hari Mencintaku terbitan Ziela Jalil yang dilakonkan oleh adik Mohd Arif. Babak Buntat meninggal dunia kerana menyelamat Mia (Siti Saleha) telah menyentuh hati ramai peminat drama di Malaysia. Tahniah adik Mohd Arif atas lakonan yang mantap. Baru-baru ini Buntat ditemukan kembali dengan para pelakon 7 Hari Mencintaiku 2. Buntat dah besar! Kesian Buntat tak sempat merasa chicken chop dari Mermaid Western.