Jendela Hati - Drama Adaptasi Novel yang Menyentuh Hati, Kini di VIU

VIU, platform penstriman terkemuka, dengan bangganya mempersembahkan “Jendela Hati”, sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari novel terkenal karya Aisya Sofea. Drama ini telah memulakan siarannya pada 15 Februari 2024 dan disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, eksklusif di VIU.


Drama ini telah menarik perhatian ramai kerana lakonan hebat MK dan Ana Jobling, yang mana kecantikan Ana sering menjadi topik perbualan peminat. Ada yang keliru dengan Ana yang sering disangka sebagai seorang artis lain. Penampilan Ana dalam Jendela Hati telah memukau penonton dengan kejelitaan dan kelembutan wajahnya yang sempurna.

Jendela Hati mengisahkan Lukman Hafizi, seorang suami yang kesetiaannya tidak ternilai setelah kehilangan isteri tercintanya, Sarah. Lukman terperangkap dalam kenangan dan lamunan tentang hari-hari yang lebih bahagia. Kepulangan Farah, kembar isterinya, tidak mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sarah, walaupun Farah sendiri terbelenggu oleh wasiat terakhir kakaknya dan dilema perasaannya.

Drama ini mengeksplorasi tema pengorbanan dan kesetiaan, serta memperkatakan tentang nilai sebenar penggantian kasih yang lahir dari keterpaksaan. Jendela Hati mengajak penonton untuk merenungkan falsafah yang tersembunyi di sebalik cerita yang disampaikan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jendela Hati, saksikan episod seterusnya hanya di VIU.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

Filem QUEEN OF LANGKASUKA yang memaparkan kesultanan Melayu lama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)