Filem Makar (2004): Retrospektif 20 Tahun Filem Seram Moden Malaysia

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 tayangan filem Makar (2004), yang dikenang sebagai antara filem seram moden terawal di Malaysia. Walaupun filem ini mungkin tidak diingati ramai, ia tetap penting kerana diterbitkan ketika Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia masih ketat dalam mengawal kandungan filem, khususnya yang melibatkan unsur tahyul. Pada masa itu, kebanyakan filem tempatan tertumpu kepada genre komedi, aksi, dan romantik komedi.

Namun, kejayaan filem Mistik yang berjaya lulus tapisan LPF dengan memperkenalkan plot twist di penghujung cerita demi memenuhi syarat LPF telah membuka jalan kepada filem-filem seram seperti Makar. Meskipun begitu, filem-filem pada era itu masih perlu berhati-hati dalam mengolah elemen seram dan tahyul untuk memastikan kelulusan pihak berkuasa.

MAKAR juga mencipta sejarah sebagai filem seram tempatan pertama yang diedarkan oleh pengedar antarabangsa, Buena Vista Columbia Tri-Star Films Malaysia Sdn. Bhd. Poster filem ini menampilkan watak seram yang menyerupai vokalis kumpulan black metal dari Norway, memberikan imej seram yang unik pada masa itu.

Filem ini diarahkan oleh Silver Chung yang popular dengan filem VCD, Blok 404 dengan lakon layar yang turut ditulis olehnya. Makar diterbitkan oleh Damien Leong melalui syarikat Cosmos Discovery dengan bajet sebanyak RM800,000. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti AC Mizal, Soraya Dean, Rashidi Ishak, Jason Chong, Rita Rudaini, dan Vanida Imran.

MAKAR mengisahkan persahabatan enam rakan di sebuah kolej yang terjejas akibat tragedi masa lalu. Pertemuan semula mereka mendedahkan rahsia gelap, dan satu demi satu watak menjadi mangsa pembunuhan misteri. Filem ini mula ditayangkan pada 5 Ogos 2004 di pawagam seluruh negara.

Selepas terbitnya filem-filem seperti Mistik dan Makar, beberapa lagi filem seram dihasilkan dengan konsep serupa demi memenuhi tuntutan LPF. Namun, lama-kelamaan, LPF melonggarkan syarat dan filem-filem seram tempatan mula bebas dihasilkan dengan pelbagai pendekatan penceritaan yang lebih kreatif mulai filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Makar mungkin tak berapa dikenang tetapi memberi sumbangan dalam memperluaskan horizon sinema tempatan, membuka ruang kepada lebih banyak produksi seram selepas itu.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

IShowSpeed Tiba di Malaysia, Disambut Ribuan Peminat

Tupperware Dijangka Failkan Muflis Minggu Ini

Perginya Suara Darth Vader: Takziah atas Pemergian James Earl Jones

Gadis Masa: Drama Terbaharu Viu Original Lakonan Mira Filzah dan Tracie Sinidol

Tak Semua Burger Tepi Jalan Sedap, Netizen Ini Membuktikannya