Zizan Razak Tarik Diri Dari Pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Selepas Zul Arifin dan Remy Ishak, giliran Zizan Razak untuk menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Apa puncanya? Kita baca kenyataan rasmi dari Zizan di bawah:

Assalamualaikum, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia. Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis!

Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur. 

Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon! 



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz, Isteri Tidak Pulang Sejak November

Ulasan Filem: Conclave (2024)

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor

BERBAHAGI SUAMI - Drama Bersiri Konflik rumahtangga dan rahsia masa silam