Filem ANAK HALAL lakonan Fauzi Nawawi viral semula kerana aksi panas dengan Raja Farah, ini sinopsis detail filem ini...

Anak Halal sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali yang pernah menggegar pawagam seluruh Malaysia  pada 13 Disember 2007 lalu, kini meniti bibir peminat filem semula. 

Sebelum Ombak Rindu, Osman Ali mengarah Anak Halal yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala tomboi. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini di Chow Kit. 

Filem ini mengisahkan tentang Hisham, seorang penjenayah yang dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada seorang perempuan gila bernama Mariam. Mariam yang hidup di jalanan telah membesarkan anak tersebut, Putra dalam serba kedaifan.

Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dalam diam, Johanna menyukai Putra tetapi perasaan itu terlindung di sebalik sifat kasarnya.

Satu hari, Mariam telah ditahan oleh pihak berkuasa menyebabkan Putra terpaksa mengikut Bu Leha dan Johanna berpindah ke Kuala Lumpur. Membesar sebagai remaja jalanan, Putra bekerja di bengkel kereta, manakala Johanna pula membantu ibunya menjual buah-buahan di pasar Chow Kit.

Putra dan Johanna berkawan rapat dengan Erzan dan Amiera. Kedua-duanya merupakan pengedar dan penagih dadah. Erzan terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya dan sentiasa menjadi buruan konco-konco Hisham.

Apabila Putra mendapat tahu perkara tersebut, dia bercadang untuk membalas dendam kepada ayahnya sendiri.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan barisan pelakon yang ternama dan berbakat seperti Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Ady Putra, Bront Palarae, Remy Ishak, Raja Farah, Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Jehan Miskin, Rosyam Nor, Mislina Mustaffa, Kartina Aziz, Aziz Sattar dan Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Farid.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Menu Santapan Diraja Bagi Majlis Perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Viral di Internet, Lagu Man Bai Jadi Perhatian

12 LAGU YANG TAK BOLEH KALAH DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-38

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)