Dolla menghiasi papan iklan New York Times

Bersenjatakan gerak tari yang  dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.


Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, DOLLA juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empat juta tontonan di YouTube.

Dolla juga merupakan artis Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas  Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Jason Momoa Sah Bakal Bawa Watak Lobo dalam Filem Terbaru DC Studios

Ulasan filem BRAWL IN CELL BLOCK 99 (2017)

Bella Astillah Failkan Perceraian, Berpisah Dengan Aliff Aziz Jalan Terbaik

Last Days, filem berinspirasi dari hari-hari terakhir Kurt Cobain