12 Fakta Meletup NIEZAM ZAIDI (pelakon filem Budak Pailang)

1. Nama penuh beliau ialah Mohd Niezam bin Mohd Zaidi.

2. Beliau lahir pada 26 Oktober 1992 dan berasal dari Ipoh, Perak dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi.

3. Merupakan anak kedua daripada empat beradik.

4. Bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo.

5. Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mula disiarkan di saluran Astro Prima pada 16 September 2012.

6. Filem pertama lakonannya pula ialah Budak Pailang, sebuah filem aksi arahan Hashim Rejab yang turut dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbitan Metrowealth pada tahun 2012.

7. Beliau meneruskan kerjaya lakonan dalam filem seperti Pada Suatu Cinta Dahulu, Dua Kalimah, 99 Kali Rindu , Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Gudang Kubur, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Sangkar dan M4M4. 



8. Di kaca TV, beliau banyak berlakon drama bersiri, antaranya: Bini-Bini Perkasa, Diandra, Dia Suamiku, Dewi Lasak, Rumi & Jawi, Inikah Cinta, Namaku Bedah, Gempur Wira, Cindai , Sitik Tok dan terbaru, Malaysian Ghost Stories dan Kita Regu.




9. Beliau juga banyak berlakon telefilem seperti Misteri Bulan Madu, Kem Cuci Tangan, Jangan Ambil Nyawa Aku, Jodoh Memamg Tak Pergi Ke Mana, Last Kopek, Rajuk, Bedah Motor, Beringin, Menantuku Rock, Bukan Cinta Biasa, Kembalikan Syawalku, Saka Zain Jusoh dan Cik Petir Putrajaya.

10. Beliau pernah tercalon dalam Anugerah Blokbuster ke-2 pada tahun 2013 bagi kategori Hero Baru Terhebat menerusi lakonannya dalam filem Budak Pailang.

11. Beliau bakal muncul dalam filem patriotik Air Force: The Movie: Selagi Bernyawa yang kini dalam peringkat produksi.

12. Instagram beliau @niezamzaidi diikuti lebih 368 ribu pengikut. 




Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

"Bismillah, Assalamualaikum." Daiyan Trisha sudah mula berhijab?

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama