Rita Rudaini Geram Rider Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah, Ini Reaksi Netizen



Baru-baru dalam laporan Astro Gempak, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa di mana makanan yang dipesan hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah.

"Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu," tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad.

Walaupun hantaran Instagram Rita tidak memukul rata semua penghantar makanan dan hanya merujuk segelintir sahaja, hantaran Rita bagaimana mendapat reaksi berbeza dari netizen yang telah biasa menggunakan aplikasi rider makanan dan melalui banyak pengalaman sejak pandemik Covid-19 tahun lalu. 

Antara reaksi-reaksi netizen:

"Tak pernah tengok live map kat app tu ke? Biasa aku, rider tu masuk je jalan simpang rumah, tunggu terus kat gate." - Zalia Hezlin

"Dah tau buat order, bersedia la tunggu. Bukan makanan ko je dia nak hantar. Kang bell banyak kali, ko meroyan lain plak. #shameonyou" - Hazeerah Ishmael

"Sangkutlah beg kat pagar. Ramai je orang buat macam tu. Lagi pun mesti rider akan call cakap barang dalam seminit akan sampai so standby je kat pintu, lepas tu tunggu dan tengok dia letak mana. Sebenarnya kalau kita ada common sense, benda macam ni tak akan jadi dan tak akan komplen memanjang. Pergi je lah ambil vaksin. Senang cerita." - Rossa Rose Zakaria

"Sebelum rider tu sampai mesti dah bagi mesej atau call barang pesanan akan sampai sekian masa, kan? Jarang depa main letak gitu je barang. Tak habis-habis nak salahkan orang lain hang ni, kalau rasa diri tu kayangan sangat tak nak tengok muka orang, letaklah bakul atau sign atau nota ke apa-apa di depan tu, supaya orang boleh letak barang pesanan hang elok-elok macam muka hang. Ingat depa tu tak dak keja lain selain layan hang saja ka? Tu pun nak kena ajar? Cakap bengap sat gi, meroyan lagi." - Khairatul Raysha

"Anyway, apa-apa pun Rita saja yang betul. Tak pernah salah langsung! So perfect!" - Patricia George







Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

DRAGON FORCE : THE RISE OF ULTRAMAN, CHINA DAN MENIRU BERPISAH TIADA