SAYAP BAGIMU: Siti Nordiana dan Alif Satar kembali bergandingan

Tidak boleh memilih kerja dalam situasi pandemik COVID-19, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana kembali ke dunia lakonan iaitu drama bersiri Sayap Bagimu. 

Dalam drama ini, Nana kembali ke pangkuan Alif Satar, hero yang pernah menaikkan namanya dalam dunia lakonan menerusi drama Dia Semanis Honey pada tahun 2016.

Sayap Bagimu arahan Low Ngai Yuen menampilkan lakonan Alif Satar, Siti Nordiana, Eizlan Yusof, Vanidah Imran, Fazlina Ahmad Daud, Kasuma Satira, Mark Adam, Intan Ladyana, Izzue Islam, Azzam Sham, Aznie Azmi, dan Siti Shahiedatul Shahreena.

Ia diterbitkan bersempena kempen Sayap Bagimu oleh AEON yang menyambut ulangtahunnya yang ke-37. Ianya satu inisiatif kelestarian dalam usaha menyambut seruan kerajaan menerapkan elemen kemasyarakatan serta membantu golongan yang memerlukan.

Menerusi inisiatif Sayap Bagimu, bernaungkan komunikasi media, maka terhasillah rancangan AEON Raikan yang merupakan program bual bicara dan 'variety show' yang menarik, dihoskan oleh selebriti terkemuka, Alif Satar.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Ulasan Episod Akhir Drama Bersiri Keluarga Itu

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Ulasan filem Fantastic Beasts and Where to Find Them oleh Janna Nick

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...